Pages

Monday, February 25, 2013

12 SEBAB KENAPA PAS SETUJU DAP GUNA KALIMAH ALLAH DALAM BIBLE




Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Dr. Shaik Hussein Mydin menyenaraikan 12 sebab kenapa Lim Guang Eng, Setiausaha Agung DAP enggan menarik balik tuntutan kalimah Allah yang dibangkitkannya pada 24 Disember tahun lepas.

12 Sebab yang disenaraikan Dr Shaik melalui facebook pemuda-umno-pulau-pinang adalah seperti berikut :

1. Menguntungkan Guan Eng dan DAP kerana rakyat beragama Kristian akan menyokong DAP yang mana kebanyakan mereka adalah berbangsa Cina.

2. DAP telah melihat bahawa sokongan rakyat bukan Melayu semakin kembali kepada BN, maka isu kalimah Allah perlu ditimbulkan untuk membuatkan orang-orang Islam bersatu dan marah yang mana secara tidak langsung akan membuatkan orang-orang Kristian yang sebahagian besar adalah berbangsa Cina juga akan bersatu dan terpaksa menyokong DAP yang kelihatan seperti menyokong mereka.

3. DAP perlu memastikan orang Kristian tidak akan menyokong BN terutamannya di kawasan bandar dan paling signifikan di Sabah dan Sarawak.

4. DAP tahu bahawa umat Islam pula dalam masa yang sama tidak akan sama sekali berganjak daripada mempertahankan kalimah Allah tetapi orang-orang Islam dilihat oleh DAP tidak akan dapat bersatu dalam peti undi kerana ego.

5. Penegasan Guan Eng juga adalah untuk melemahkan PAS dan PKR serta menjadi dominan dalam PR apabila melihat PAS semakin tidak menghormati mereka sebagai penyumbang utama undi bukan Melayu apabila PAS tidak menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disifatkan sebagai boneka Perdana Menteri DAP dalam muktamar mereka.

6. DAP tahu mereka hanya memerlukan undi bukan Melayu untuk mengekalkan Pulau Pinang dan Parlimen serta DUN mereka dihampir kesemua kawsan dan isu kalimah Allah hanya akan melemahkan rakan mereka terutamanya PAS.

7. PKR pula dilihat terpaksa akur dengan pendirian DAP kerana takut kehilangan undi bukan Melayu yang mereka bergantung memandangkan undi Melayu tidak lagi memihak kepada mereka, penyokong mereka dari kalangan orang Melayu datang dari UMNO dan mereka telah kembali kepada UMNO apabila kecewa dengan janji-janji palsu PKR.

8. Guan Eng juga dilihat mahu melihat kepimpinan DAP Perak dan Selangor lemah dan memastikan dirinya menjadi kuasa dominan dalam DAP apabila mampu memegang negeri berbanding DAP Perak dan Selangor yang hanya dapat memegang kerusi Parlimen dan DUN tanpa memegang kuasa negeri. Perkara ini akan berlaku kerana apabila orang-orang melayu tidak lagi mengundi DAP di Perak dan Selangor kerana isu kalimah Allah.

9. Pengundi serta penyokong PAS pula dilihat taksub kepada PR walaupun kalimah Allah diganggu, walaupun ada sebilangan kecil yangg memberontak, maka dalam keadaan apa pun yang beruntung adalah DAP sahaja.

10. Guan Eng juga suka melihat lebih ramai orang-orang Islam memberontak dan membuat demontrasi kerana ianya akan memastikan sokongan kepada DAP akan terus mengukuh daripada bukan Melayu secara automatik tanpa perlu sebarang usaha menjaga kebajikan rakyat.

11. Guan Eng hanya akan memohon maaf dan menarik balik gesaan penggunaan kalimah Allah hanya jika kepimpinan utama dari UMNO, PAS dan PKR yang beragama Islam bersatu mendesak Guan Eng menarik balik kenyataan tersebut, yang mana amat mustahil untuk berlaku. Demonstrasi daripada rakyat biasa tidak akan diambil berat oleh DAP yang hanya melihat mereka seperti buih-buih di lautan.

12. Kesimpulannya, DAP amat bijak dalam memastikan isu kalimah Allah akan berterusan sehingga PRU13 untuk pastikan rakyat tidak akan bersatu kerana DAP akan pasti lemah jika rakyat bersatu, tidak mustahil lebih banyak isu agama dan bangsa akan dicipta DAP dalam proses kempen Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13) nanti.

Akhir kata, semua pemimpin utama Islam perlu bangun mempertahankan kalimah Allah dan semua rakyat Malaysia perlu memastikan tidak terjerat dalam strategi jahat DAP dan bersatu menyokong BN yang dapat menjaga kesucian agama Islam tanpa sama sekali mengundang kegelisahan bangsa dan agama lain seperti yang telah dilakukan DAP sejak PRU12.--AIDC

No comments:

Post a Comment

Anda semua dialu-alaukan meninggalkan pandangan dan komentar di blog ini. Setiap satu darinya adalah tanggungjawab anda dan kami tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang tindakan yang akan diambil jika komentar tersebut menyalahi undang-undang.