Pages

Saturday, November 05, 2011

NAJIB AKAN BUBAR PARLIMEN DISEMBER INI???!!!




Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata Perhimpunan Agung UMNO yang bakal berlangsung pada 29 November hingga  3 Disember ini adalah suatu perhimpunan yang amat penting kerana ianya mungkin perhimpunan yang terakhir sebelum negara berhadapan dengan satu ujian yang paling getir iaitu Pilihan Raya Umum (PRU) 13.

“Saya jangkakan mengikut percaturan, ini adalah perhimpunan yang terakhir sebelum menjelang PRU 13. Oleh itu saya rasa ucapan-ucapan daripada perwakilan kelak sudah pastinya akan berkisar tentang persiapan terakhir menghadapi PRU 13. Begitu juga dengan ucapan Presiden dan Timbalan Presiden. Kemungkinan akan berkisar perkara yang sama.

“Jadi, amatlah penting setiap perwakilan menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap nasihat yang bakal diberikan bukan hanya untuk kepentingan parti tetapi adalah untuk perjuangan UMNO sebagai tonggak Barisan Nasional (BN). Saya harapkan Gagasan 1Malaysia akan menjadi satu modal besar dalam ucapan perwakilan termasuklah lima dasar transformasi nasional yang dibawa oleh Perdana Menteri,” ujarnya kepada UMNO-Online.

Beliau juga mengharapkan agar setiap jurucakap menjadikan model ekonomi dan Bajet 2012 sebagai di antara topik yang bakal dibahaskan kerana ianya cukup memberi kesan dan faktor positif dalam membantu rakyat.

“Saya berharap, rakyat negara ini akan datang beramai-ramai ke perhimpunan kali ini dan dengar sendiri nasihat daripada Presiden dan jurucakap. Buat rumusan dan jadikan ianya sebagai satu penyuntik semangat untuk kita menghadapi PRU 13 yang dijangkakan akan berlangsung dalam suasana yang getir,” katanya lagi.

Untuk ulasan seterusnya, ikutilah rakaman temubual bersama Datuk Ahmad Maslan di UMNO youtube. -MediaUMNO.

No comments:

Post a Comment

Anda semua dialu-alaukan meninggalkan pandangan dan komentar di blog ini. Setiap satu darinya adalah tanggungjawab anda dan kami tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang tindakan yang akan diambil jika komentar tersebut menyalahi undang-undang.