Nabi Luth adalah anak saudara kepada Nabi Ibrahim a.s. iaitu ayahnya yang
bernama Hasan bin Tareh. Nabi Luth diutuskan sebagai rasul kepada satu kaum
yang mendiami sepanjang timur laut (Dari Israel – Yordania), Laut Mati. Ibukota
Sodom terletak di Utara Basin Laut Mati.
Hampir keseluruhan kaum ini
mengamalkan gaya hidup songsang, iaitu melakukan hubungan kelamin sesama
sejenis iaitu lelaki dengan lelaki yakni meninggalkan perempuan. Perbuatan ini
merupakan sesuatu penyelewengan fitrah yang amat buruk. Nabi Luth telah menyeru
mereka untuk menghentikan perbuatan tersebut disamping menyampaikan
seruan-seruan Allah, tetapi mereka mengabaikannya dan malah mereka mengingkari
kenabiannya. Akhirnya, kaum Nabi Luth dimusnahkan dengan bencana yang sangat
mengerikan dan dahsyat. Kejadian ini berlaku pada kira-kira tahun 1800 sebelum
Masihi.
Kisah Nabi Allah Luth a.s. mengikut
Islam
Di dalam Kitab Al-quran menceritakan
kisah Nabi Luth yang menasihati kepada kaumnya seperti mana dalam Surah
Asy-Syuara;
“Kaum
Luth telah mendustakan para Rasul”,(160)
“Ketika saudara mereka Luth berkata
kepada mereka,”Mengapa kamu tidak bertakwa?”(161)
“Sungguh, aku ini seorang
rasul kepercayaan (yang diutus) kepadamu,”(162)
“Maka bertakwalah kepada Allah
dan taatlah kepada ku”(163)”
Dan aku tidak meminta upah kepadamu atas ajakan
itu, upahku hanyalah dari Tuhan seluruh alam”(164)
“Mengapa kamu mendatangi
jenis lelaki (Homoseks) di antara manusia”(165)
“dan kamu tinggalkan
(perempuan) yang diciptakan Tuhan untuk dijadikan sebagai isteri kamu? Kamu
memang orang-orang yang melampaui batas’(166)
” Mereka menjawab, ” Wahai Luth!
Jika engkau tidak berhenti, engkau termasuk orang-orang yang terusir”(167)
”
Dia (Luth) berkata, ” Aku sungguh benci kepada perbuatan mu”(168).
Kaum Luth telah mengancam Nabi Luth
dan membencinya kerana mengajak kaumnya beriman. Ayat seterusnya dalam kitab
Al-quran dikisahkan dalam Surah Al-Araf:
“Dan (Kami juga telah mengutus) Luth (kepada kaumnya). (Ingatlah ) tatkala
dia berkata kepada mereka: “Mengapa kamu mengerjakan perbuatan faahisyah itu,
yang belum pernah dikerjakan oleh seorang pun (di dunia ini) sebelummu?”.
Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk melampiaskan nafsumu (kepada mereka),
bukan kepada wanita, malah kamu ini adalah kaum yang melampaui batas. Jawab
kaumnya tidak lain hanya mengatakan: “Usirlah mereka (Luth dan para
pengikutnya) dari kotamu ini, sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang
berpura-pura mensucikan diri .” (QS. Al A’raaf, 7: 80-82)
Nabi Luth Diutuskan Oleh Allah
Kepada Rakyat Sadom
Masyarakat
Sadum adalah masyarakat yang rendah
paras moralnya dan rosak akhlak.
Masyarakat Sadum tidak mempunyai pegangan agama atau nilai kemanusiaan yang
beradab. Maksiat dan kemungkaran bermaharajalela dalam pergaulan hidup mereka.Pencurian dan
perampasan harta milik
merupakan kejadian hari-hari di mana yang kuat menjadi kuasa sedang yang lemah
menjadi korban penindasan dan perlakuan sewenang-wenang.
Maksiat yang
paling menonjol yang menjadi ciri khas hidup mereka adalah perbuatan homoseksual {liwat} di kalangan lelakinya
dan lesbian di kalangan wanitanya. Kedua-dua jenis kemungkaran ini begitu
bermaharajalela di dalam masyarakat sehinggakan ia merupakan suatu kebudayaan bagi kaum Sadum.
Seorang pendatang yang masuk ke
Sadum tidak akan selamat dari diganggu oleh mereka. Jika ia membawa
barang-barang yang berharga maka dirampaslah barang-barangnya, jika ia melawan
atau menolak menyerahkannya maka nyawanya tidak akan selamat.
Akan tetapi jika
pendatang itu seorang lelaki yang bermuka tampan dan berparas elok maka ia akan
menjadi rebutan di antara mereka dan akan menjadi korban perbuatan keji lelakinya
dan sebaliknya jika si pendatang itu seorang perempuan muda maka ia menjadi
mangsa bagi pihak wanitanya pula.
Kepada masyarakat yang sudah sedemikian rupa
keruntuhan moralnya dan sedemikian paras penyakit sosialnya diutuslah Nabi Luth
sebagai pesuruh dan Rasul-Nya untuk mengangkat mereka dari lembah kenistaan
,kejahilan dan kesesatan serta membawa mereka alam yang bersih ,bermoral dan
berakhlak mulia.
Nabi Luth mengajak mereka beriman dan beribadah kepada Allah meninggalkan
kebiasaan mungkar menjauhkan diri dari perbuatan maksiat dan kejahatan yang
diilhamkan oleh iblis dan syaitan. Ia memberi penerangan kepada mereka
bahwa Allah telah mencipta mereka dan alam sekitar mereka tidak meredhai amal
perbuatan mereka yang mendekati sifat dan tabiat kebinatangan dan tidak sesuai
dengan nilai-nilai kemanusiaan dan bahwa Allah akan memberi ganjaran setimpal
dengan amal kebajikan mereka.
Yang berbuat baik dan beramal soleh akan diganjar
dengan syurga di akhirat sedang yang melakukan perbuatan mungkar akan di
balaskannya dengan memasukkannya ke dalam neraka Jahanam. Nabi Luth berseru kepada mereka agar
meninggalkan adat kebiasaan iaitu melakukan perbuatan homoseksual dan lesbian.
Nabi Luth menyatakan perbuatan itu bertentangan dengan fitrah dan hati
nurani manusia serta menyalahi hikmah yang terkandung didalam penciptaan manusia menjadi dua jenis iaitu lelaki dan
wanita. Juga kepada mereka di beri nasihat dan diajukan supaya menghormati hak
dan milik masing-masing dengan meninggalkan perbuatan perampasan, perompakan
serta pencurian yang selalu mrk lakukan di antara sesama mereka dan terutama
kepada pengunjung yang datang ke Sadum.
Diterangkan bahawa perbuatan-perbuatan
itu akan merugikan mereka sendiri, kerana perbuatan itu akan menimbulkan
kekacauan dan ketidak amanan di dalam negeri sehingga masing-masing dari mereka
tidak merasa aman dan tenteram dalam hidupnya.
Demikianlah Nabi Luth, melaksanakan
dakwahnya sesuai dengan tugas risalahnya.Ia tidak henti-henti menggunakan
setiap kesempatan dan dalam tiap pertemuan dengan kaumnya secara berkelompok
atau secara berseorangan mengajak agak mereka beriman dan percaya kepada Allah
dan menyembah-Nya.
Diajaknya Luth terhadap kaumnya untuk melakukan amal soleh
dan meninggalkan perbuatan maksiat dan mungkar. Akan tetapi keruntuhan moral
dan kerusakan akhlak sudah hidup lama di dalam pergaulan sosial mereka dan
pengaruh hawa nafsu dan penyesatan syaitan sudah begitu kuat menguasai
tindak-tanduk mereka, maka dakwah dan ajakkan Nabi Luth yang dilaksanakan
dengan kesabaran dan ketekunan tidak mendapat tempat di dalam hati dan fikiran
mereka dan berlalu laksana suasana teriakan di tengah-tengah padang pasir
.
Telinga-telinga mereka sudah menjadi pekak bagi ajaran-ajaran Nabi Luth sedang
hati dan fikiran mereka sudah tersumbat rapat dengan ajaran -ajaran syaitan dan
iblis.
Akhirnya kaum Luth merasa dan kesal
hati mendengar dakwah dan nasihat-nasihat Nabi Luth yang
tidak putus-putus itu dan minta agar ia menghentikan aksi dakwahnya atau
menghadapi pengusir dirinya dari Sadum bersama semua keluarganya. Dari pihak
Nabi Luth pun sudah tidak ada harapan lagi masyarakat Sadum dapat terangkat
dari lembah kesesatan dan keruntuhan moral mereka dan bahawa meneruskan dakwah
kepada mereka yang sudah buta-tuli hati dan fikiran serta mensia-siakan masa.
Ubat satu-satunya, menurut fikiran Nabi Luth untuk mencegah penyakit akhlak itu
yang sudah parah itu menular kepada tetangga-tetangga dekatnya, ialah dengan
membasmikan mereka dari atas bumi sebagai pembalasan ke atas terhadap kekerasan
kepala mereka juga untuk menjadi ibrah dan pengajaran umat-umat
disekelilingnya.
Beliau memohon kepada Allah agar kepada kaumnya masyarakat
Sadum diberi pengajaran berupa azab di dunia sebelum azab yang menanti mereka
di akhirat kelak.
Permohonan Nabi Luth dan doanya
diperkenankan dan dikabulkan oleh Allah s.w.t. Dikirimkanlah kepadanya tiga
orang malaikat menyamar sebagai manusia biasa. Mereka adalah malaikat yang
bertemu kepada Nabi Ibrahim dengan membawa berita gembira atas kelahiran Nabi
Ishaq, dan memberitahu kepada mrk bahwa dia adalah utusan Allah dengan tugas
menurunkan azab kepada kaum Luth penduduk kota Sadum.
Dalam kesempatan
pertemuan mana Nabi Ibrahim telah mohon agar penurunan azab ke atas kaum Sadum
ditunda ,kalau-kalau mereka kembali sedar mendengarkan dan mengikuti ajakan
Luth serta bertaubat dari segala maksiat dan perbuatan mungkar.
Juga dalam
pertemuan itu Nabi Ibrahim mohon agar anak saudaranya, Luth diselamatkan dari
azab yang akan diturunkan keatas kaum Sadum permintaan mana oleh para malaikat
itu diterima dan dijamin bahwa Luth dan keluarganya tidak akan terkena azab.
Para malaikat itu sampai di Sadum dengan
menyamar sebagai lelaki muda yang berparas tampan dan badan yang berotot, tegap
dan sasa tubuhnya. Dalam perjalanan mereka hendak memasuki kota, mereka
berselisih dengan seorang gadis yang cantik dan ayu sedang mengambil dari
sebuah perigi. Lelaki muda (malaikat) bertanya kepada si gadis kalau-kalau
mereka diterima ke rumah sebagai tetamu.
Si gadis tidak berani memberi
keputusan sebelum ia beruding terlebih dahulu dengan keluarganya. Maka
ditingglkanlah para lelaki muda itu oleh lalu pulang ke rumah cepat-cepat untuk
memberitahu ayahnya (Luth).
Mendengar khabar berita anak
perempuannya, Nabi Luth menjadi bingung. Jawapan apa yang harus ia berikan
kepada para pendatang yang ingin bertemu ke rumahnya untuk beberapa waktu. Namun menerima tetamu yang berparas tampan dan kacak akan mengundang risiko
gangguan kepadanya dan kepada tetamu dari kaumnya yang tergila-gila untuk
melakukan hubungan seks sejenis dengan anak muda yang mempunyai tubuh bagus dan
paras wajah elok.
Sedang kalau hal yang demikian itu terjadi ia sebagai tuan
rumah harus bertanggungjawab terhadap keselamatan tamunya, padahal ia merasa
bahawa ia tidak akan berdaya menghadapi kaumnya yang bengis-bengis dan haus
maksiat itu.
Nabi Luth memutuskan untuk menerima
lelaki-lelaki muda itu sebagai tetamu di rumahnya. Luth hanya pasrah
kepada Allah dan berlindung sekiranya terdapat
segala rintangan yang akan datang. Lalu pergilah ia sendiri menjemput tetamu
yang sedang menanti di pinggir kota dan diajaklah mereka bersama-sama ke rumah.
Ketika itu, kota Sadum sudah diliputi kegelapan dan manusia sudah nyenyak tidur
di rumah masing-masing. Nabi Luth telah pun berpesan kepada
isteri dan kedua puterinya agar merahsiakan kedatangan anak-anak lelaki muda
itu. Jangan sampai terdengar dan diketahui oleh kaumnya.
Namun, kedegilan
isteri Nabi Luth, yang juga sehaluan dan sependirian dengan penduduk Sadum,
telah membocorkan berita kedatangan tetamu Luth kepada mereka. Berita
kedatangan tetamu Luth tersebar kerana isteri Nabi Luth. Datanglah
beramai-ramai lelak-lelaki Sodom, yang buta seks ini, ke rumah Nabi Luth,
berhajat untuk memuaskan nafsu seksual mereka, setelah lama tidak mendapat anak
muda.
Berteriaklah mereka memanggil Luth untuk lepas anak-anak muda itu, agar
diberi kepada mereka untuk memuaskan nafsu. Dengar teriakan mereka, Nabi Luth
tidak membuka pintu bagi mereka dan berseru agar mereka kembali ke rumah
masing-masing dan jangan menggunggu tetamau yang datangnya dari jauh yang
sepatutnya dihormati dan dimuliakan .
Mereka diberi nasihat agar meninggalkan
perbuatan kebiasaan mereka yang keji itu. Perbuatan mereka yang bertentangan
dengan fitrah manusia dan kudrat alam di mana Allah telah menciptakan manusia
berpasangan antara lelaki dengan perempuan untuk menjaga kelangsungan
perkembangan umat manusia sebagai makhluk yang termulia di atas bumi.
Nabi Luth
berseru agar mereka kembali kepada isteri-isteri mereka dan meninggalkan
perbuatan maksiat dan
mungkar yang tidak senonoh, sebelum mereka dilanda azab dan seksaan Allah.
Seruan dan nasihat-nasihat Nabi Luth
tidak dihiraukan dan dipedulikan ,mereka bahkan mendesak akan menolak pintu
rumahnya dengan paksa dan kekerasan jika pintu tidak di buka dengan sukarela.
Merasa dirinya sudah tidak berdaya untuk menahan arus orang-orang lelaki
kaumnya itu yang akan memaksakan kehendaknya dengan kekerasan berkatalah Nabi
Luth secara terus terang kepada para tamunya:
"Sesungguhnya aku tidak berdaya
lagi menahan orang-orang itu menyerbu ke dalam .Aku tidak memiliki senjata dan kekuatan fizikal yang dapat
menolak kekerasan mereka , tidak pula mempunyai keluarga atau sanak saudara
yang disegani mereka yang dapat aku mintai pertolongannya, maka aku merasa
sangat kecewa, bahwa sebagai tuan rumah aku tidak dapat menghalaukan gangguan
terhadap tetamu dirumahku sendiri."
Mendengar keluh-resah Nabi Luth, lantas
anak-anak muda itu memberitahu hal yang sebenar, mereka adalah
malaikat-malaikat yang menyamar sebagai manusia yang diutus oleh Allah untuk
menurunkan azab dan seksa atas rakyatnya kerana segala kemungkaran dan
kemaksiat yang keji dan kotor.
Malaikat-malaikat itu menyuruh Nabi
Luth membuka pintu rumahnya seluas mungkin agar dapat memberi kesempatan bagi
orang -orang yang hauskan seks dengan lelaki itu masuk. Namun malangnya apabila
pintu dibuka dan para penyerbu memijakkan kaki untuk masuk, tiba-tiba gelaplah
pandangan mereka dan tidak dapat melihat sesuatu. Malaikat-malaikat tadi telah
membutakan mata mereka. Lalu, diusap-usap dan digosok-gosok mata mereka,
ternyata mereka sudah menjadi buta.
Sementara para penyerbu rumah Nabi
Luth berada dalam keadaan kacau bilau berbentur antara satu dengan lain
berteriak-teriak menanya-nanya gerangan apa yang menjadikan mereka buta dengan
mendadak para berseru kepada Nabi Luth agar meninggalkan segera perkampungan
itu bersama keluarganya, kerana masanya telah tiba bagi azab Allah yang akan
ditimpakan.
Para malaikat berpesan kepada Nabi Luth dan keluarganya agar
perjalanan ke luar kota jangan seorang pun dari mereka menoleh ke belakang. Nabi Luth keluar dari rumahnya
sehabis tengah malam, bersama keluarganya terdiri dari seorang isteri dan dua
puterinya berjalan cepat menuju keluar kota, tidak menoleh ke kanan mahupun
kekiri sesuai dengan petunjuk para malaikat yang menjadi tamunya.
Akan tetapi si
isteri yang menjadi musuh dalam selimut bagi Nabi Luth tidak tergamak
meninggalkan kaumnya. Ia berada dibelakang rombongan Nabi Luth berjalan
perlahan-lahan tidak secepat langkah suaminya dan tidak henti-henti menoleh ke
belakang karena ingin mengetahui apa yang akan menimpa atas kaumnya,
seakan-akan meragukan kebenaran ancaman para malaikat yang telah didengarnya
sendiri.
Dan begitu langkah Nabi Luth berserta kedua puterinya melewati batas
kota Sadum, sewaktu fajar menyingsing, bergetarlah bumi dengan dahsyatnya di
bawah kaki rakyat Sadum, tidak terkecuali isteri Nabi Luth yang munafiq itu. Getaran itu mendahului suatu
gempa bumi yang kuat dan hebat disertai angin yang kencang dan hujan batu
sijjil yang menghancurkan dengan serta-merta kota Sadum berserta semua
pemghuninya .
Bertebaran mayat-mayat yang dilaknat oleh Allah S.W.T di kota
Sodom, dan hancurlah kota tersebut yang berada di laluan manusia yang
lalu-lalang. Namun, masih ditinggalkan kesan-kesan kehancuran kota tersebut
oleh Allah S.W.T, sebagai peringatan kaum yang kemudian yang melalui di jalan
tersebut.
Demikianlah kebesaran dan ayat Allah yang diturunkan untuk menjadi
pengajaran dan ibrah bagi hamba-hamba-Nya yang mendatang.
Kisah Nabi Luth Di Dalam Al-Quran
Kisah Nabi Luth dalam Al-Quran
terdapat pada 85 ayat dalam 12 surah diantaranya Surah
Al-Anbiyaa ayat 74 dan 75 , Surah
Asy-Syu’ara ayat 160 sehingga ayat 175 , Surah Hud ayat 77 sehingga ayat 83 , Surah
Al-Qamar ayat 33 sehingga 39 dan surah At-Tahrim ayat
10 yang mengisahkan isteri Nabi Luth yang mengkhianati suaminya.
SUMBER AAKJ
No comments:
Post a Comment
Anda semua dialu-alaukan meninggalkan pandangan dan komentar di blog ini. Setiap satu darinya adalah tanggungjawab anda dan kami tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang tindakan yang akan diambil jika komentar tersebut menyalahi undang-undang.