Pages

Thursday, May 14, 2015

TUKANG NIKAH ANWAR IBRAHIM BANDUAN CABAR HADI AWANG


Pertembungan dua anak Awang. Abdul Hadi bin Awang dan Ahmad bin Awang yang sudah pasti menarik untuk dilihat, di atas kertas memang bekas Presiden Persatuan Ulama Malaysia (PUM) itu bukan siapa-siapa berbanding dengan pengalaman, jasa dan sumbangan Datuk Seri Abdul Hadi Awang kepada perjuangan PAS.

Jika ambil kita merit pencalonan, Ahmad hanya dapat lima pencalonan berbanding Haji Hadi yang memperolehi lebih seratus.

Ahmad Awang merupakan bekas presiden PUM zaman Datuk Seri Anwar Ibrahim di dalam UMNO dan kerajaan.



Mungkin ramai yang tak ingat, Ahmad Awang adalah kadi yang menikahkan Anwar dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Memang diketahui penyokong tegar Anwar, sungguhpun ahli PAS, Ahmad tidak menonjol zaman Anwar dalam kerajaan, beliau banyak bekerja di Pusat Islam.

Ahmad hanya kembali memegang jawatan dalam PAS selepas Anwar dipecat dari UMNO dan mengetuai parti pembangkang.

Pernah memegang jawatan Naib Presiden PAS, (selepas tahun 2002) Ahmad Awang pada Khamis secara rasmi mengumumkan mencabar Hadi Awang bagi jawatan Presiden PAS pada pemilihan parti itu, Jun ini.

Ahmad ditemui di Pejabat Agung PAS dalam jam 10.50 pagi tadi selepas menghantar sendiri borang penerimaan pencalonannnya.

Dipercayai dengan tindakan Ahmad mencabar Hadi, seorang lagi yang dicalonkan Datuk Husam Musa akan menarik diri dan menyokong Ahmad.

Husam memperolehi lebih pencalonan  iaitu lapan berbanding lima yang diperolehi Ahmad.

7 Mei lalu, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat Asmuni Awi mengumumkan Ahmad dan Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa dan Ahmad layak bertanding jawatan presiden.

Asmuni berkata, bagi jawatan presiden untuk Muktamar Tahunan PAS pada Jun depan, walaupun 4 pencalonan diterima, hanya Hadi, Husam dan Ahmad layak untuk bertanding.-

1 comment:

  1. tgkla lps ni betapa rakus dan gila puak2 jebon dan pasma berkempen bg pihak ahmad awang...silap2 dgn fatwa baru keluaran tuan guru lim kit siang...kami dp lebih selesa bkerjasama sama itu ahmad awang...tgkla

    ReplyDelete

Anda semua dialu-alaukan meninggalkan pandangan dan komentar di blog ini. Setiap satu darinya adalah tanggungjawab anda dan kami tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang tindakan yang akan diambil jika komentar tersebut menyalahi undang-undang.