Pages

Wednesday, February 05, 2014

SUNGGUH MEMALUKAN:PEMUDA PAS JALANI PENBEDAHAN TUKAR JANTINA!!!


Seperti yang dijangkakan dari awal lagi, berani dan kelantangan PAS tidak akan bertahan lama apabila berdepan dengan Anwar Ibrahim, PKR dan DAP. Lainlah kalau berhadapan dengan UMNO, disuruh menjilat jalanraya yang panas pun mereka sanggup dan sangat istiqomah melakukannya. 

Tetapi apabila membabitkan Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang, seberani-berani pahlawan PAS yang telah membunuh puluhan ribu jin dan ifrit pun, dijerkah dek Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang, boleh menyebabkan mereka terkencing terberak kalau tidak pun demam tak kebah-kebah tujuh lapan minggu.

Itulah yang berlaku dalam PRK DUN Kajang. Pada peringkat awalnya, PAS terutama sekali menerusi Dewan Pemuda PASnya begitu lantang dan begitu garang. Walaupun digelak-gelakkan oleh UMNO dan menyatakan, keberanian serta kelantangan Pemuda PAS itu ibarat embun pada waktu pagi, timbul cahaya hilanglah dia, ramai pula para penyokong PAS terutama sekali dari kalangan Pemudanya menyatakan bahawa kali ini PKR dan DAP akan tunduk kepada PAS.

Yalah, membayangkan PAS sebagai tonggak utama yang membekalkan kaum yang sanggup berguling-guling di atas jalanraya dengan hanya semangat jihad bengong mereka dan ditokok pula dengan tadahan tin milo, pastinya kekerasan dan ketegasan PAS amat diharapkan. Tanpa bantuan daripada PAS, PKR dan DAP tidak akan berjaya dalam sebarang demo atau kempen yang dijalankan, termasuklah usaha memburuk-burukkan keperibadian Perdana Menteri dan isterinya.

Yang benar-benar berusaha kuat untuk Pakatan Rakyat sebenarnya adalah PAS. Secara logik, sebarang tuntutan PAS pasti akan didengar oleh DAP dan PKR. Sebarang ugutan PAS terutama daripada Dewan Pemudanya pula akan menyebabkan PKR dan DAP terpaksa memujuk PAS dengan jajan-jajan yang lebih bernilai tinggi.

Malangnya itu tidak berlaku. Yang berlaku adalah sebaliknya.

Dalam kenyataan terbaru, Ketua Pemuda PAS yang baru, Suhaizan Kaiat menyatakan bahawa PAS memutuskan untuk menyokong PKR dalam PRK DUN Kajang tetapi tidak akan menyokong Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor. Alasan lawak apakah yang cuba diberitahu oleh Suhaizan Kaiat.

Perkara pertama yang ditentang oleh PAS dalam isu ini ialah cara PKR bermain-main dengan emosi rakyat. Pada ketika PAS sudah memberikan sokongan sepenuhnya kepada PKR dalam kempen memburuk-burukkan kerajaan menerusi kempen anti-kenaikan harga barangan, tiba-tiba sahaja PKR mengambil keputusan untuk membazirkan wang rakyat menerusi pilihanraya kecil yang tidak sepatutnya wujud.

Itu yang mula-mula sekali ditentang oleh PAS sehingga pelbagai jenis pemimpin PAS mengeluarkan kenyataan yang semuanya dikatakan bersifat kenyataan peribadi. Pelbagai kenyataan keras kemudiannya menyusul dengan cita-cita Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor dikecam, bahkan berlaku pula tuntutan jawatan Menteri Besar Selangor untuk PAS yang dikatakan lebih layak berbanding PKR.

Tetapi itu semua sebelum Dewan Pemuda PAS dipujuk dan digula-gulakan dengan bujukan Anwar Ibrahim. Selepas dipujuk dan digula-gulakan, lain pula cerita yang dikeluarkan. Dan untuk terus membodoh-bodohkan para penyokong dan pengikut PAS, Suhaizat Kaiat selaku Ketua DPP Pusat mengeluarkan kenyataan bahawa PAS menyokong PKR dalam PRK DUN Kajang tetapi tidak menyokong Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar.

Apa signifikannya daripada kenyataan tersebut? Adakah dengan hanya mengeluarkan kenyataan bodoh sebegitu rupa, akan menyebabkan para penyokong PAS menjadi lebih cerdik?

Sudah tentulah tidak sebaliknya kerana Ketua Pemuda PAS Pusat sebenarnya sudah mulai kenyang dengan jawatanny. Biasanya orang yang kenyang, kurang memberontak dan kurang marahnya. Yang mudah marah, banyak komplen dan banyak pula tidak puas hatinya adalah orang lapar, sama ada mereka lapar perut atau lapar nafsu.

Sebab itulah kita sudah mula dapat mendengar alasan-alasan lucu yang diberikan oleh kepimpinan PAS berhubung tindakan saat-saat akhir mereka yang mulai U-Turn daripada kenyataan awal.

Garang mengalahkan semut peluru tetapi disiram air, kecutnya mengalahkan cendawan kelememe!--HERO TUA

4 comments:

  1. “Dari Abdullah ibn ‘Amr bahwa Nabi Saw bersabda: “Empat sifat yang barang siapa mengerjakannya, maka ia menjadi munafik tulen, dan barang siapa yang melakukan salah satu dari empat sifat itu, maka di dalam dirinya terdapat sifat nifak sehingga ia meninggalkannya, yaitu: (1) apabila dipercaya, ia berkhianat, (2) apabila berbicara, ia dusta, (3) apabila berjanji, ia tidak menepati, dan (4) apabila bertengkar, ia curang (mau menang sendiri) (HR al-Bukhari dan Muslim)

    Semua ciri ni ada dalam pas. (1) Bila dapat Kedah, Syiah dibiakkan. (2) Pas melarang kalimah Allah digunakan dalam Bible Melayu tetapi tidak menegur rakan dalam Pakatan Rakyat. (3) Pas berjanji akan laksanakan hukum hudud, tetapi sampai sekarang tidak dilaksanakan sedangkan ia boleh dilaksanakan di negeri yang diperintah mereka. (4) Apabila diajak bersatu sesama Islam, Nik Aziz menolak dan bersatu bersama DAP yang terang-terangan anti Islam.

    ReplyDelete
  2. ha..ha..ha... dah agak dah...
    kegarangan pemuda PAS hilang bila telornya di sentap oleh PKR & DAPigs

    ReplyDelete
  3. umno kangkong longkang

    ReplyDelete

  4. pas makin HAMPas,

    pas apa yg dia bolih buat bila sekandang dengan babbi dan gay, makin hari terus jadi baruah saja tahafnya, presiden kayu, harap keluar patua songsang mampulah kerana pengikutnya manusia jahaliah, suruh sembah batu pon akan dilakukan kerana taksuf dan gila kuasa.

    aku tak yakin ketua pemuda pas dapat berbuat sesuatu yang diluar tabiat pas, pas cuma berani: SERANG, KUTUK, HINA, FITNAH, CACIMAKI umno. kerana umno kurang sentimen dan tidak gila babi serupa pas, pas mudah dikencing oleh rakannya bahkan kena cibai dan lancau pon masih angguk-angguk tonggong.

    ReplyDelete

Anda semua dialu-alaukan meninggalkan pandangan dan komentar di blog ini. Setiap satu darinya adalah tanggungjawab anda dan kami tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang tindakan yang akan diambil jika komentar tersebut menyalahi undang-undang.