ADA portal berita pembangkang yang menanyakan soalan ini “kenapa cina tolak BN?”. Penulis jawap, sebabnya sudah ada pihak dalam pakatan pembangkang janji dengan orang cina bahawa Anwar adalah melayu terakhir sebagai Perdana Menteri Malaysia, selepas ini Perdana Menteri Malaysia akan terdiri dari orang cina.
Mana cina tak teruja, depa dah control ekonomi, sekarang Anwar bagi can nak control kerajaan dan politik pulak.
Caranya, bukan susah, telur dan semua rahsia Anwar sudah dalam genggaman pihak-pihak yang dimaksudkan, yang juga jadi peguam kepada tua tak sedar diri itu. Strateginya, cukup 2 tahun (or so) jadi Perdana Menteri, jawatan itu akan diambil alih oleh pemimpin Cina dari pihak berkenaan dengan menjadikan semua rahsia Anwar yang depa pegang sekarang sebagai senjata.
Itu saja alasannya tidak ada lain. Dan ini bukan kita bercakap mengarut, tapi ada alasan yang cukup munasabah yang akan diterangkan dibawah.
Bercakap pasal Anwar, dari sudut mana pun bukanlah satu orang pemimpin yang mempunyai moral yang baik. Dunia mungkin boleh menerima amalan seks songsang, tapi majoriti negara di dunia tidak boleh menerima pemimpin yang ada kecenderungan seperti itu dan masih aktif walaupun sudah di usia senja.
Itu cakap dunia, apatah lagi negara Islam seperti Malaysia.
Tidak cukup dengan itu, Anwar juga adalah seorang pemimpin yang kuat berbohong. Hari ini dia cakap lain, besok dia boleh cakap lain dan seterus-seterusnya. Dalam kempen PRK Kajang ini saja cukuplah. Cuba lihat dari awal, apa yang konsisten bila Anwar bercakap?
Mula-mula tuduh ADUN Kajang letak jawatan sebab tak mampu galas tanggungjawab, lepas itu terdedah bahawa perletakkan jawatan itu sebenarnya memang sudah dirancang dan diakhirnya Anwar dedah habis bahawa tujuan kosong dan bertanding di Kajang ini adalah sebab dia nak jadi Menteri Besar Selangor!!
Tapi kenapa dengan segala macam yang tidak baik di atas, Anwar masih diterima pengundi cina sebagai pemimpin? Sebab Anwar tawar apa yang BN tidak boleh tawar iaitu melantik seorang cina jadi Perdana Menteri, itu saja.
Nak kata cina tak peduli soal moral, Chua Soi Lek tidak perlu letak jawatan Menteri dan Timbalan Presiden MCA ketika skandal video seksnya dulu terdedah - menunjukkan orang Cina pentingkan soal moral. Tapi sebab masalahnya sekarang bukan moral, sebaliknya nak letak Cina jadi Perdana Menteri, sebab itu Anwar masih disokong – tak peduli apa punlah salah laku moral yang dibuatnya.
Malah, tak keterlaluan kalau penulis katakan, lagi banyak salah laku Anwar, lagi bagus kerana akan sampai pada waktu dan ketikanya semua salah laku yang sudah ada dalam poket pihak-pihak berkepentingan ini dibawa keluar sehingga Anwar terpaksa atau dipaksa meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri - kalau strategi pembangkang hari ini mengena dan PRU14 mereka dapat jadi kerajaan.
Begitu juga dengan pembohong. Sebab itu pemimpin Cina dalam pembangkang cukup jaga intergriti jangan sampai digelar pembohong, sebaliknya depa dok sokong pembohong macam Anwar. Tak nampak fishy ke tu?
Anwar pulak ada masalah lain, dia hanya fikir nak jadi Perdana Menteri saja, kemudian arahkan Bank Negara untuk benarkan semula penggunaan not RM 1,000 dan RM 500 yang diharamkan bagi mengekang kegiatan bawa keluar wang dulu, selesailah masalah dia.
Lepas itu, Melayu, Islam dan negara ini nak jadi apa pun, Anwar peduli apa, “masalah aku selesai dah”, fikir Anwar.
Sementara Melayu pulak, memang dari dulu sampai sekarang berpecah belah, itu dah tak boleh dielak, cuma bezanya sekarang cina bersatu sokong Anwar + Melayu berpecah belah = 133 BN, 89 pembangkang kerusi di Parlimen dalam PRU13 yang lepas, tak jaga-jaga kalu, nombor itu akan jadi terbalik.
Jadi Anwar tahu Melayu di Malaysia ini macam itu, dia guna strategi ini (letak cina jadi PM) untuk berkuasa, walaupun sementara. Pepatah yang sesuai? Menang sorak kampung tergadai.
Dapat?
umno bn kangkong kecut telor. statment kangkong pun dah dikeluarkan.
ReplyDeletecina mana boleh jadi PM wahai barua umno yg bodoh lagi kangkong.
memalukan umno kangkong