Naib Presiden PKR,N Surendran sepatutnya duduk lama-lama depan cermin dan merenung jauh pada gelagat dan perangai parti yang dianutinya sebelum nak cakap banyak tentang taktik nak berkempen dalam pilihanraya kecil Dewan Undangan negeri Kajang.
Ada yang rasa nak termuntah mendengar orang kanan Datuk seri Anwar Ibrahim memekak minta Suruhanjaya Pilihanraya sekat Barisan Nasional dari berkempen mengunakan isu video seks yang dikaitkan dengan bosnya.
Dakwanya taktik itu sangat kotor,tidak beretika dan desperado.
Cuba putar balik segala macam cara pembangkang putar dan menghentam kerajaan ikut suka hati mak bapak dia saja.
Ini belum masuk pembohongan terbuka seperti isu 14 September,40,000 pengundi Bangla,lampu padam semasa pengiraan undi,mempertikaikan kredibiliti SPR dan lain-lain.
Juga putar balik segala macam perhimpunan yang dianjur pembangkang dan geng mereka selama ini.Bukankah segala akta dan peraturan ada dilanggar begitu saja.
Surendran yang dapat percuma kerusi Naib Presiden atas lantikan nampaknya geram pada Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan yang kata pengundi Kajang perlu diingatkan tentang rayuan kes Liwat II terhadap Anwar dan video seks seorang lelaki menyerupai beliau.
Sudah menjadi kebiasaan bagi golongan penjilat Anwar cukup geli kalau isu video seks yang didedah oleh Datuk T dibangkitkan semula.
Mereka mati-mati mahu semua orang melupakan isu sensasi itu yang sebelum ini cuba ditolak hanya dengan penafian kosong.
Soalnya sekarang apakah isu video itu tidak ada asas langsung dan boleh masuk bakul sampah atas kategori ' fitnah'.
Satu dunia tahu fakta di depan mana ialah hasil analisa oleh pakar luar negara mengesahkan video China Doll itu 99.9 peratus tulin.
Analisa berkenaan dibuat atas usaha Polis Diraja Malaysia untuk mendapat kepastian mengenai ketulinan video itu.
TERUS BACA >>>DI SINI<<<
No comments:
Post a Comment
Anda semua dialu-alaukan meninggalkan pandangan dan komentar di blog ini. Setiap satu darinya adalah tanggungjawab anda dan kami tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang tindakan yang akan diambil jika komentar tersebut menyalahi undang-undang.