Jika kita membaca blog Lim Kit Siang semenjak dua menjak ini, maka kita terasa seolah-olah masalah perkauman di Malaysia benar-benar meruncing dan rusuhan kaum boleh berlaku bila-bila masa. Mana tidaknya jika sejak hampir sebulan lalu, zikir harian Kit Siang hanya 13 Mei, 13 Mei, 13 Mei…
Kit Siang mengajak kerajaan BN bekerjasama dengannya untuk menghalang 13 Mei, kerana menurutnya ada pihak rasis di kalangan penyokong UMNO yang bersungguh-sungguh cuba mencetuskan 13 Mei berdasarkan tindakbalas terhadap ADUN PKR dalam isu kangkung dan kini dalam isu video Teresa Kok pula.
kit siang bertemu pan kaiguo,salah satu pakciknya yang masih hidup di tanah tumpah darah kit siang di china. |
Kit Siang menyalahkan pihak yang bertindak balas itu kerana telah menjadikan ‘gurauan’ atau ‘satira’ pemimpin Pakatan Rakyat sebagai isu perkauman dan menyalahkan DAP. Sedangkan, menurut Kit Siang, tindakan kedua pemimpin PR itu bukannya bermotifkan perkauman.
Apa yang Kit Siang tidak faham ialah, rakyat sudah semakin matang dan telah mengenali siapa Kit Siang dan siapa DAP iaitu sebuah parti yang wujud atas semangat komunis dan hidup atas semangat ketuanan Cina. Rakya dapat membaca apa di sebalik semua kejadian ini.
Lim Kit siang adalah salah seorang pencetus 13 Mei. Biarpun beliau cuba menafikan sejarah, namun sejarah tidak pernah menipu. Yang menipu adalah Kit Siang. Kit Siang bukan sahaja tidak pernah merasa bersalah kerana mencetuskan 13 Mei, malah menafikan penglibatan beliau - seolah-olah penyapu yang diikat di kenderaan dalam peristiwa tersebut bukanlah simbol untuk menghalau Melayu, tetapi sekadar untuk mencuci jalanraya.
foto dibawah pula adalah keluarga sebenar kit siang di bumi china. mungkin pada saat foto ini dirakam, kit siang bersama guan eng sedang happy menyanyikan lagu kebangsaan negara china , tanah tumpahnya darahku. |
Hari ini Kit Siang kembali bercakap tentang 13 Mei, tentang kononnya ada usaha dari pihak orang-orang Melayu, khususnya penyokong UMNO untuk mengulanginya. Namun, Kit Siang tidak pula menyebut bahawa sekiranya apa yang dikatakannya itu benar, maka ia adalah hasil dari provokasi pihaknya juga.
Kit Siang tahu bahawa isu kalimah Allah akan mengguris hati orang-orang Melayu, tetapi DAP terutamanya anak Kit Siang sendiri, iaitu Lim Guan Eng, sengaja menimbulkannya. Kit Siang tahu bahawa penindasan ke atas orang-orang Melayu termasuk peniaga-peniaga Melayu di Pulau Pinang mencabar kesabaran orang Melayu, tetapi anak Kit Siang, Lim Guan Eng tetap merampas tanah dan perniagaan mereka juga.
Kit Siang juga tahu bahawa segala provokasi pejuang siber DAP yang tidak henti-henti menghina Melayu, Islam, kerajaan dan Raja-raja akan menyakitkan hati orang-orang Melayu tetapi Kit Siang tetap membiarkannya.
Hari ini, Kit Siang membela Teresa Kok biarpun video pemimpin DAP itu menaikkan kemarahan orang-orang Melayu.
Nampaknya Kit Siang bukannya ingin menghalang 13 Mei, tetapi beliau sebenarnya ingin mengulanginya.
Secara tidak langsung, Kit Siang seolah-olah memberi pilihan kepada orang-orang Melayu sama ada untuk membiarkan diri mereka diejek, dihina, ditindas dan dipijak oleh DAP atau bertindak balas. Jika bertindak balas, maka Kit Siang akan menyalahkan orang-orang Melayu dan kerajaan kerana enggan memberi perhatian kepada amaran awalnya.
Bagaimanapun, apa yang Kit Siang gagal fahami ialah, tidak semua orang-orang Cina berada di belakangnya. Orang-orang Cina menolak BN dalam PRU yang lalu bukan kerana suka kepada cara Kit Siang, tetapi kerana teruja dengan janji-janji DAP untuk menghapuskan kuasa politik Melayu. Namun, lebih dari itu, orang-orang Cina juga sebenarnya lebih mengutamakan ‘untung’ dari segala-galanya.
Mengulangi peristiwa 13 Mei tidak akan membawa keuntungan kepada sesiapa, termasuk orang Cina. Malah, orang Cina mungkin menjadi pihak yang paling rugi. Lihat sahaja apa yang berlaku di Indonesia apabila rakyat melepaskan dendam yang terpendam ke atas orang-orang Cina dalam Reformasi Indonesia 1996-1999.
Kita percaya, orang-orang Cina tidak mudah terpedaya dengan Kit Siang. Semakin hari, semakin ramai di kalangan ahli-ahli DAP sendiri yang ‘serik’ dengan Kit Siang anak beranak. Ini terbukti apabila seorang demi seorang dari ahli dan pemimpin parti itu yang tampil membuat aduan, mendedahkan salah laku dan juga keluar dari parti.
Selain itu, secara dasarnya, orang Cina di Malaysia sudah terbiasa dengan cara terbuka dan lembut kerajaan BN dan tidak boleh menerima cara pemerintahan Kit Siang anak beranak yang ‘ala komunis’, kalaupun tidak ala diktator Maharaja Cina dahulu kala. Oleh itu, kita percaya bahawa orang Cina juga tidak akan mudah dihasut untuk mencetuskan 13 Mei. Hari ini, semakin ramai yang bangkit menyatakan tidak senang dengan tindakan DAP, terutama Teresa Kok.
Nasihat kita kepada Kit Siang, berhentilah berpura-pura baik dengan mengajak kepada perpaduan. Lakonan itu tidak lagi mampu menipu sesiapa. Justeru, berjuanglah dengan cara yang betul melalui pilihanraya yang sah. Amatlah kejam sekali bagi seorang pemimpin tertinggi parti untuk mengharapkan kepada rusuhan kaum semata-mata untuk merampas kuasa.
Namun sebelum itu, selesaikanlah dahulu isu CEC dan pastikan DAP tahu mengira sehingga 2,000 dahulu sebelum bermimpi untuk memerintah negara.
Lim Kit Siang memang berhasrat nak timbulkan 13 Mei kali kedua. Dia tahu jika berlaku rusuhan kaum kita yakin Singapura akan masuk ke selatan Malaysia demi menyelamatkan kaumnya. Selepas menduduki wilayah Malaysia, perkara hak asasi dan perikemanusian akan dibawa ke PBB. Mandat yang akan diterima oleh Singapura dari negara2 sekutu akhir membahagi Malaysia kepada 2 wilayah utara dan selatan (seperti Yemen dan Sudan). Wilayah selatan akan didominasi oleh kaum Cina dan orang Melayu akan dipindahkan keUtara di bawah resolusi PBB. Melayu akan rugi, Anwar masa itu sedang berehat mengabis wang berbilion dinegara barat. Anwar akan berkata "Mampuslah kau orang Melayu"
ReplyDelete