Pages

Sunday, February 09, 2014

ANWAR IBRAHIM "LANGGAR" RAJA MELAYU UNTUK JADI MB SELANGOR!!!


Anwar Ibrahim tidak konsisten dalam akidah dan pendiriannya. Itu yang boleh dirumuskan dari awal lagi. Bahkan ramai pula yang melihat ketidakstabilan pendirian Anwar Ibrahim itu mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan cita-cita besarnya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Memandangkan peluangnya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia menerusi jalan halal telah tertutup sepenuhnya, Anwar Ibrahim memerlukan satu pemangkin yang lebih cergas, aktif dan boleh menyebar secara meluas dan pantas. 

DUN Kajang telah dijadikan sebagai pemangkin. Walau apa pun alasan yang diberikan, PKR dan Anwar Ibrahim khususnya sebenarnya telah menelanjangkan niat mereka yang sebenar. Kononnya, ADUN PKR sebelum ini, Lee Chin Cheh memberikan laluan kepada Anwar Ibrahim untuk bertanding di kerusi tersebut. Alasan yang diberikan ialah, dia tidak mampu menggalas tugas sebagai ADUN.

Namun, baik Lee mahupun Anwar Ibrahim tidak dapat menjawab, mengapa keputusan mengosongkan kerusi tersebut dan meletak jawatan hanya dibuat selepas satu jam pertemuan antara kedua-duanya dan mengapa rancangan untuk mengadakan pilihanraya kecil dibuat sebaik-baik sahaja Anwar Ibrahim pulang dari Amerika Syarikat.

Anwar Ibrahim dalam beberapa kenyataan yang saling bercanggah antara satu sama lain, Ketua Umum itu berbolak-balik tentang niatnya untuk menjadi Menteri Besar Selangor sekalipun Undang-Undang Tubuh Selangor, dimaklumi tidak memberikan ruang kepadanya untuk jawatan tersebut. Bermula dengan kononnya dia tidak berminat dengan kerusi DUN Kajang, kemudian kononnya atas desakan Rafizi Ramli dia bertanding, kemudian dia tidak berminat dan tidak mungkin akan jadi Menteri Besar Selangor, dan akhir sekali, dia tidak menolak kemungkinan untuk menjawat jawatan tersebut.

Khalid Ibrahim pada masa yang sama, telah mengambil langkah drastik untuk menunjukkan siapa sebenarnya yang berkuasa di Selangor. Seperti yang dimaklumi, Khalid Ibrahim mendapat sokongan sepenuhnya daripada DAP memandangkan banyak projek Kerajaan Negeri Selangor, disalurkan kepada ahli-ahli DAP termasuklah projek memungut sampah dan sisa pepejal yang sebelum Pakatan Rakyat, merupakan pendapatan utama sebahagian besar kontraktor kecil Melayu-Bumiputera dan Bukan-Bumiputera.

Selepas Pakatan Rakyat mengambilalih, projek memungut sampah dan sisa pepejal telah diserahkan kepada Ahli-ahli Parlimen, ADUN dan Ahli-Ahli Majlis PBT Pakatan Rakyat yang kemudian membahagi-bahagikan projek tersebut sesama penyokong dan mereka sendiri sebagai cara menambah sokongan dan pengaruh untuk Pakatan Rakyat.

Menteri Besar Selangor itu telah mengajar Azmin Ali bahawa dia bukannya bebal dan tolol seperti yang disangkakan. Walaupun bukti campurtangannya tidak ada, namun kehadirannya bukanlah halimunan. Pemecatan Azmin Ali daripada jawatan Pengerusi PKNS dan kemudian yang terbaru, pemecatan 23 orang kakitangan kontrak PKNS secara serta-merta menjelaskan bahawa Anwar Ibrahim selaku Ketua Umum PKR dan Penasihat Ekonomi Selangor bergaji seringgit pun, tidak mampu berbuat apa-apa.

Khalid Ibrahim kemudiannya dijadikan Pengarah Pilihanraya PKR sebagai cara untuk menunjukkan konon-kononnya Khalid Ibrahim tidak kisah kalau Anwar Ibrahim mengambilalih jawatannya. Tidak itu sahaja, Anwar Ibrahim turut mengusung Khalid Ibrahim ke sana ke mari di kawasan-kawasan kempen bermajoriti Melayu untuk digambarkan kononnya Melayu tidak akan berhadapan dengan masalah kalau Anwar Ibrahim mahu menjadi Menteri Besar Selangor.

Anwar Ibrahim tidak ada sebarang jasa di negara ini. Baik ketika menjadi Menteri Pertanian sehinggalah menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri. Sebaliknya, dia terlalu banyak menumpukan segala usaha buat dirinya dan PRK DUN Kajang merupakan bukti yang paling jelas tentang hal berkenaan.

Selepas mendapat laluan daripada Lee Chin Cheh, Anwar sekiranya tidak ditentang dalam PRK DUN Kajang, akan meminta Khalid Ibrahim memberikan laluan kepadanya. Khalid Ibrahim yang sudah terikat dengan baiah taat setia dengan DYMM Sultan Selangor, sudah pasti tidak akan berbuat begitu. Halangan utama untuk Anwar Ibrahim sebenarnya akan datang daripada Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor di mana DYMM Sultan Selangor sendiri pun perlu mematuhi kod tersebut.

Bagaimanapun, Anwar Ibrahim tidak akan peduli dengan hal itu. Anwar tahu, para penyokongnya bodoh-bodoh dan bengap-bengap belaka. Mereka akan percaya dengan apa-apa sahaja kata-katanya walaupun telah terbukti dia menipu dan memperdayakan mereka hidup-hidup.

Dalam hal ini, perkara yang sama juga akan berlaku. Anwar tahu dia tidak akan dapat menjadi Menteri Besar tetapi pada masa yang sama juga amat tahu bahawa para penyokongnya akan akur dengan apa-apa sahaja yang dibuatnya. Kegagalan menjadi Menteri Besar Selangor akan membuatkan Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa Pakatan Rakyat Selangor akan meminda Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor sekaligus membuang klausa yang tidak membolehkan bukan anak Selangor menjadi Menteri Besar.

Pastinya yang akan melawan adalah UMNO. 12 orang ADUN UMNO dalam DUN Selangor akan berfungsi sebagai pembangkang sepenuhnya. Orang Melayu akan marah kerana tindakan Anwar Ibrahim menghina DYMM Sultan Selangor kerana enggan akur dengan titah baginda supaya tidak menimbulkan kekecohan. Anwar akan mendapat sokongan besar daripada DAP dan ahli-ahlinya yang merupakan sebahagian besar daripada Cina yang mahu menjadikan Selangor sebagai sebuah negeri Cina kedua di Malaysia selepas Pulau Pinang. 

Isu ini akan disensasikan sebagaimana Anwar Ibrahim mensensasikan kes liwatnya pada tahun 1999. Para penyokongnya akan keluar dari segenap lubang dan lorong bagi memenuhi semua jalanraya di Bandaraya Kuala Lumpur dan diharapkan dapat merebak ke seluruh negara dengan sepantas mungkin.

Krisis Perlembagaan akan tercetus. Disebabkan itulah, dari awal lagi Rafizi Ramli sudah menyatakan bahawa DUN Kajang adalah pemangkin kepada 'KAJANG MOVE' yang digunakan untuk menguasai Putrajaya. Manakala Tony Pua pula sudah membayangkan tentang orang Cina yang juga akan keluar ke jalan-jalanraya demi merealisasikan impian menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Cina. Disebabkan itulah, Tony Pua cuba merangsang orang Cina yang sebelum ini menyokong kuat DAP dan Pakatan Rakyat dengan memberitahu, PRK DUN Kajang adalah medan utama mereka menunjukkan sokonga kepada Pakatan Rakyat. Kalah PRK DUN Kajang bererti, impian Pakatan Rakyat dan mencinakan Malaysia, tidak akan berhasil untuk selama-lamanya.--The Selangor Chronicle

No comments:

Post a Comment

Anda semua dialu-alaukan meninggalkan pandangan dan komentar di blog ini. Setiap satu darinya adalah tanggungjawab anda dan kami tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang tindakan yang akan diambil jika komentar tersebut menyalahi undang-undang.