Pages

Tuesday, January 28, 2014

UMNO AKAN TERUS DIPERBODOHKAN OLEH MCA!!!


Yang akan bertanding di DUN Kajang mewakili Barisan Nasional nanti, sudah tentu MCA. MCA yang merupakan parti berteraskan kaum Cina dalam Barisan Nasional bagi Semenanjung, dilihat dalam keadaan tidak menentu ekoran kepimpinan bekas Presiden yang terlalu bersifat peribadi, Chua Soi Lek sehingga mengalami kekalahan yang paling teruk dalam sejarah penubuhan parti itu. Pengurangan kerusi Barisan Nasional banyak disumbangkan oleh MCA dan MIC pada PRU-13 lalu.

UMNO hanyalah side-kick di DUN Kajang. Walaupun majoriti pengundi adalah Melayu yang merangkumi hampir 49 peratus, tetapi berdasarkan trend Melayu bandar atau sub-bandar, UMNO bukanlah pilihan mereka. UMNO mengalami banyak kekalahan di kawasan-kawasan sub-bandar atau kawasan-kawasan yang telah dimajukan dan status penduduknya sudah meningkat.

Walaupun terdapat beberapa buah kampung di DUN Kajang, rata-rata perkampungan tersebut bukan lagi perkampungan Melayu yang biasa. Sebaliknya perkampungan yang sudah berubah dan mempunyai infrastruktur yang sudah cukup lengkap itu, lebih memilih untuk beralih satu bentuk kerajaan yang baru sekalipun kerajaan baru itu sekadar menjual mimpi dan angan-angan.

Mungkin Barisan Nasional melihat peningkatan cukai dan lesen perniagaan selain penyempitan peluang untuk peniaga-peniaga kecil Melayu di DUN Kajang sebagai peluang untuk meraih sokongan kaum itu. Malangnya, kalau itulah yang mereka fikirkan, ia merupakan satu kesilapan yang besar.

TERUS BACA >>>DI SINI<<<

1 comment:

  1. SEKALI LAGI NAJIB AKAN DIPERBODOHKAN OLEH NOH OMAR SEKIRANYA NAJIB MENGIKUT TELUNJUK NOH OMAR BAGI MENENTUKAN CALUN DUN KAJANG DALAM PRK AKAN DATANG. BN AKAN MENGHADAPI KESUKARAN YANG AMAT BERAT KERANA SEHINGGA SEKARANG MASIH TIDAK DAPAT MENYAKINKAN RAKYAT MENGENAI TINDAKAN TINDAKAN MEMBENDUNG KENAIKAN HARGA BARANGAN. SELAGI ISU KENAIKAN HARGA BARANGAN TIDAK DAPAT MENYAKINKAN RAKYAT TERMASUK PARA PENGUNDI DI KAJANG, JANGAN HARAP BN BOLEH MENANG. SEORANG YAG AGAK BOLEH DI KETENGAHKAN TETAPI BELUM TENTU BOLEH MENANG IALAH DATUK MARKIMAN, TIDAK NAMPAK SEORANG PUN YANG BOLEH DIHARAPKAN DARI MCA.MCA KENA TERIMA LAH HAKIKAT INI.

    ReplyDelete

Anda semua dialu-alaukan meninggalkan pandangan dan komentar di blog ini. Setiap satu darinya adalah tanggungjawab anda dan kami tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang tindakan yang akan diambil jika komentar tersebut menyalahi undang-undang.