Pages

Monday, January 13, 2014

APA SUDAH JADI:UMNO TAKUT SAMA TIAN CHUA

tian chua



















KUALA LUMPUR 13 Jan. – UMNO hari ini menggugurkan tuntutan saman ke atas Naib Presiden PKR, Tian Chua dan dua individu lagi berhubung penyiaran artikel pencerobohan di Lahad Datu, Sabah setelah Ahli Parlimen Batu tersebut melahirkan akan rasa kesal atas penerbitan artikel tersebut.

Di luar mahkamah, Tian Chua berkata, pihaknya kesal dengan penyiaran artikel bertajuk 'Insiden Tembakan di Lahad Datu Konspirasi Terancang UMNO – Tian' dan ia (artikel itu) bukan berniat untuk membabitkan UMNO.

Hakim Mahkamah Tinggi, Rosilah Yop merekodkan penghakiman persetujuan di dalam kamar selepas kedua-dua pihak bersetuju menyelesaikan tuntutan saman berdasarkan terma yang dipersetujui.

Peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun yang mewakili Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab Rauf Yusoh memberitahu pemberita bahawa berikutan persetujuan itu, UMNO menarik balik saman itu dan hakim merekodkannya tanpa menetapkan sebarang kos.

Pada 11 April lalu, Ab Rauf memfailkan saman fitnah terhadap Tian Chua, Editor KeadilanDaily.com, Fazallah Pit dan penulis artikel, Aisha Geoffrey yang diterbitkan dalam portal KeadilanDaily.com pada 1 Mac tahun lepas.

Selain itu, hakim turut merekodkan persetujuan Fazallah dan Aisha untuk menarik balik artikel berkenaan daripada laman web mereka. – BERNAMA

Sent from my iPhone

4 comments:

  1. biasalah tu org melayu musah dpujuk sesuai dng namanya maka mereka pun menjadi layu dan sanggup jadi barua cina...elk semua org umno yg berjawatan tinggi letak jawatan je ...esok mungkin giliran si paderi kot dimaafkan pula,,,org umno kan baik hati

    ReplyDelete
  2. biasalah tu org melayu musah dpujuk sesuai dng namanya maka mereka pun menjadi layu dan sanggup jadi barua cina...elk semua org umno yg berjawatan tinggi letak jawatan je ...esok mungkin giliran si paderi kot dimaafkan pula,,,org umno kan baik hati

    ReplyDelete
  3. pemimpin umno tiada telor... pemimpin umno pengecut... dalam PAU cakap berapi2 nak bela melayu dan Islam...

    ReplyDelete
  4. Nampak nya rakyat memang kena kencing oleh orang politik - UMNO dan pembangkang. Pada mereka unkapan-unkapan yang menghina dan fitnah adalah permainan politik. Habis ajer PRU, everything is over, back to normal. Kalau ini lah permainan orang politik Malaysia sekarang, sia-sia segala pengorbaanan orang-orang dahulu, hilang duit, harta dan nyawa. Baik lah rakyat cari parti baharu untuk mentadbir Negara.

    ReplyDelete

Anda semua dialu-alaukan meninggalkan pandangan dan komentar di blog ini. Setiap satu darinya adalah tanggungjawab anda dan kami tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang tindakan yang akan diambil jika komentar tersebut menyalahi undang-undang.