YA, penulis tahu, bila Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar umumkan bahawa kerajaan akan merasionalisasikan subsidi tol di negara kita, perkataan pertama akan keluar dari mulut semua orang ialah “BN akan kalah PRU14″.
Zaman hari ini, terlalu banyak benda yang dikatakan boleh buat BN kalah, malah pagi tadi penulis baca di Sinar Harian, 40 penyokong UMNO di Kuantan keluar parti dan masuk PKR kerana tak dapat roti masa banjir!! Tak dapat roti pun keluar parti?
Ini cerita tol naik pulak lagi, nak hairan apa?
Seolah-olahnya kalau BN hapus dan kurangkan tol, BN sudah pasti boleh menang di kawasan yang menerima kesan. Jika tanggapan seperti itu benar, sepatutnya DUN Taman Medan yang kerajaan kurangkan tol di kawasan tersebut BN boleh menang, kalah juga.
Atau di Parlimen Gombak dan kerusi DUN sekitarnya setelah kerajaan BN hapuskan tol Jalan Kucing, pun sama, kalah juga. Sebab kalah, bukan ada tol atau tidak, tapi sebab faktor-faktor lain.
Mungkin ada yang tak ambil peduli pun kenyataan Wahid Omar semalam yang menyebut, kawasan tol yang naik ini perlu dipastikan ada jalan alternatif untuk yang ‘tak mampu’ bayar tol menggunakannya.
Sebagai seorang yang pernah berkhidmat dalam sebuah kumpulan syarikat dimana pemegang konsesi tol adalah salah satu dari anak syarikatnya, penulis faham soal konsesi dan kenapa tol perlu dikenakan.
Duit yang digunakan untuk buat lebuhraya tu bukan guna duit rakyat pun, tapi syarikat yang mendapat konsesi – pinjam bank atau bagaimana. Maka sewajarnyalah mereka mengenakan tol untuk mereka yang menggunakan lebuhraya mengikut syarat dalam perjanjian konsesi.
Kata kunci disitu – mereka yang menggunakan lebuhraya, yang tak guna, tak kenalah.
Fahaman yang mengatakan syarikat konsesi ini pasti dapat keuntungan dan dengan itu tidak perlu menaikkan caj tol adalah pandangan yang salah. Dalam sejarah negara ini, ada syarikat konsesi yang mengalami kerugian, antaranya syarikat konsesi yang mengendalikan lebuhraya Seremban – Port Dickson sehingga terpaksa diambil alih oleh PLUS Berhad.
Malah ada banyak syarikat konsesi yang terkial-kial untuk mendapat keuntungan sehingga sekarang, seperti LEKAS (setakat yang penulis tahu).
Yang penting, wang rakyat perlu diurus dengan baik. RM 400 juta dalam bentuk pampasan kepada syarikat konsesi kerana tidak menaikkan tol itu adalah wang rakyat yang boleh dibelanjakan untuk tujuan yang lebih menyeluruh kesannya kepada rakyat.
Hakikatnya, kalau bising tol naik sebab membebankan rakyat tidak berkemampuan, maka penulis nak jelaskan, rakyat tidak berkemampuan di negara ini dah lama guna tol secara percuma – naik motor. Di Indonesia, motor tak dibenarkan lalu jalan bertol, tak pula penulis dengar sesiapa di negara itu tuduh kerajaanya zalim.
Orang berkemampuan pun, ramai juga yang guna kelebihan ini - dengan menaiki motor besar.
Jadi nak kata tol ini membebankan rakyat miskin, sangat tidak betul – macamlah yang cakap banyak ni hidup miskin pun, banyak duit juga nampaknya.
Yang betulnya, orang banyak duit, taknak kurang sikit duit pun untuk bayar tol. Mereka lebih sanggup bayar untuk perkara-perkara tidak penting yang lain dari bayar tol yang memudahkan diri sendiri.
Rakyat tak bising pun, Tetapi kerajaan kena jujur dgn rakyat mana perjanjian memang kena ikut.Konsesi tol perlu disemak pada 2011 kenapa sekarang baru nak naik.Cukai eksais kenderaan kenapa tidak di turunkan seperti negara negara asean lain.Ini tidak melibatkan rasionalisasi subsidi.Banyak lagi yg kerajaan boleh kurangkan cukai utk faedah rakyat.Begitu juga dgn perbelanjaan kerajaan di lihat banyak membazir melalui kementerian dan jabatan.
ReplyDeleteini bukan masalah tol naik sahaja tapi kesannya. petrol naik, semua barang naik. elektrik naik, semua barang naik. tol naik, semua barang naik. jadi tak kiralah ko kaya ke miskin, guna tol ke tidak tapi harga roti canai naik, harga nasi lemak naik, harga teh ais naik, harga ikan naik, harga sayur naik, harga semua2 naik. ada paham???
ReplyDeleteMana perjanjian konsesi? Bagi lah kami tengok berapa untung berapa rugi.
ReplyDelete