KUALA LUMPUR 2 Dis. - Polis menahan dua daripada 10 pengikut Tuhan Harun yang diburu selepas menyerbu sebuah rumah di Kampung Tagasan di Semporna, Sabah petang ini.
Dua suspek lelaki berusia 29 dan 37 tahun itu ditahan pukul 1 petang bagi membantu siasatan kes pembunuhan Ketua Penolong Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Raffli Abdul Malik yang maut ditembak pada 10 November lalu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi laman Twitter berkata, penahanan itu dilakukan oleh pasukan Op Cantas Khas Kontinjen Sabah.
"Syabas Team Cantas Khas @PDRMsia Sabah, tadi dapat tangkap dua daripada 10 pengikut Tuhan Harun yang dikehendaki di Semporna, Sabah. Go Go Boys!,'' katanya. - UTUSAN ONLINE
Sent from my iPhone
No comments:
Post a Comment
Anda semua dialu-alaukan meninggalkan pandangan dan komentar di blog ini. Setiap satu darinya adalah tanggungjawab anda dan kami tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang tindakan yang akan diambil jika komentar tersebut menyalahi undang-undang.