Pages

Tuesday, December 24, 2013

RAFIZI RAMLI LETAK JAWATAN KERANA TERLAMPAU MALU


Baru-baru ini heboh puak-puak pembangkang mencanang ke seluruh pelosok kampung kononnya Kerajaan BN “gadai” harta negara bernilai lebih RM4 bilion. Habis tercengang dan merah muka pakcik makcik di kampung-kampung mendengar “cerita dongeng” Pakatan Haram itu.

Bila ditanya dari mana sumber “cerita” itu, mereka menuding jari pada gambar Pengarah Strategik PKR yang montel gebu, Rafizi Ramli, yang kononnya dipetik dari laporan terkini Bank Dunia bertajuk “Malaysia Economic Monitor: December 2013″. Rupanya, Rafizi punya cerita. Padanlah…

Memetik laporan tersebut di mukasurat 10, ia tertulis…


LaporanBankDunia

“Daripada tambahan RM11.8 bilion pendapatan yang dijangka diperoleh berbanding anggaran bajet, RM7.4 bilion berasal daripada sumber-sumber bukan cukai, termasuk RM1.4 bilion hasil daripada penjualan aset dan RM4.2 bilion daripada pensekuritian gadai janji kerajaan.”

Sudah lumrah Melayu, bila disebut perkataan “GADAI”, maka mereka akan terus terfikir membayangkan “kedai pajak gadai”. Maklumlah, bila ekonomi dalam poket mereka “sesak”, kedai itulah tempat mereka tuju bersama gelang atau rantai yang “dipinjam” dari isteri tersayang…

Rafizi jelas “bijak” menggunakan tanggapan tipikal Melayu itu dengan mempergunakan laporan Bank Dunia itu bagi menjual “auta politik”nya pada rakyat. Maklumlah, Rafizi fikir masyarakat di kampung amat mudah ditipu oleh politikus licik sepertinya, lulusan universiti “oversea”…

Namun bagi mereka yang belajar ekonomi, mereka awal-awal lagi sudah terbahak-bahak ketawa melihat “strategi” Rafizi menipu orang kampung. Nampak sangat menipunya.

Bukan apa. Apa yang dijelaskan oleh laporan Bank Dunia mengenai “gadai janji” Kerajaan yang bernilai RM4.2 bilion itu merupakan satu transaksi biasa yang menjadi kelaziman di seluruh negara dunia, tidak terkecuali Malaysia.

Maksud di sebalik pensekuritian “gadai janji” kerajaan itu ialah pihak kerajaan menjual pinjaman yang dikeluarkan pada pelabur bagi mendapatkan semula keuntungan dalam bentuk wang tunai yang dikeluarkan sebagai pinjaman. Malah transaksi “gadai janji” itu juga menjanjikan keuntungan yang bukan sedikit marginnya.

Jelaslah di sini bahawa “gadai” yang dimaksudkan laporan Bank Dunia itu bukanlah sebagaimana yang Rafizi bayangkan pada pakcik dan makcik kita di kampung. Tiada satu pun harta negara digadai kerajaan. Lagipun saya yakin, tiada satu kedai “pajak gantung” pun yang sanggup terima gadaian seperti itu. Jadi tak payah risau…

Apa yang perlu dirisaukan ialah tentang sikap Rafizi yang suka mempermainkan rakyat dengan pembohongan dan “auta” bodoh yang tidak masuk dek akal.

Pada saya, jika benar kerajaan BN menggadai harta negara, jangankan RM4 bilion, walau hanya RM10 sekali pun digadai, sudah tentu ramai di kalangan para penyokong BN yang akan “mengamuk” sakan pada kepimpinan kerajaan. Orang BN, khususnya UMNO memang pantang kalau ada cubaan “menggadai” negara…

Misalnya, ketika krisis mata wang 1997-1998 dulu, kita memiliki seorang pemimpin yang cuba menggadai negara pada pihak IMF. Beriya-iya dia cuba melobi dan mempengaruhi Perdana Menteri ketika itu untuk “gadai”kan negara pada “sahabat karib”nya. Mujurlah nasihat “pengkhianat” itu tidak dipeduli…

Tapi pakcik dan makcik kita di kampung tak perlu risau. Pemimpin yang dimaksudkan itu sudah tidak ada lagi dalam kepimpinan kerajaan sekarang. Sudah lebih 10 tahun dia “dinyahkan” dari persada kepimpinan negara. Memang pemimpin khianat itu punya masalah “moral” dan tak layak memimpin kita pun…

Cuma apa yang perlu pakcik dan makcik lebih risaukan ialah bekas pemimpin kerajaan itu sekarang sedang “gila kuasa” nak jadi Perdana Menteri. Kalau dia jadi PM, diyakini Malaysia akan tergadai jua akhirnya. Nak tahu siapa? Itulah dia “boss” Rafizi Ramli, Wallahu’alam…

4 comments:

  1. Melayu pembelot sial mcm ni humban dlm jel bersama Anwar biar kena juboh..

    ReplyDelete
  2. apala org melayu ni. beragama islam tapi mencuri.. byk pulak tu duit 250 juta duit lembu.pas tu diangkat pulak jadi penasihat kepada najib.. mmg dahsyat la malaysia ni.. ade ker hukum allah pun dia berani tolak. tgk brunei.. on the spot laksanakan.. apa lagi mahu tunggu? sampai pejabat najib kene gempa bumi baru nak tobat?

    malasla aku nak mencarut2 ni.. tp apa yg aku ckp ni adalah benar. harga barang n minyak semua naik. tol naik. elektrik naik.. semua naik.. BN= barang naik. percayalah. sedarla wahai puak2 bN. selamatkan lah negara ni.. masih belum terlambat.. pru 14 nti kita sama2 tolak najib dll ok. come on baby.. come to papa.... mesti ko berbulu baca comment aku kan.. sbb ketiak ko pun byk bulu.. hahah..panas jer...kesian ko...

    ReplyDelete
  3. Dalam AlQuran surah Al Bakarah ayat terakhir 229, Allah berfirman : “Barangsiapa yg melanggar hukum-hukum Allah mereka itulah orang-orang yang zalim’. Salah satu kesalahan yg boleh dikenakan hukum jenayah hudud adalah mereka yg mendurhaka terhadap negara. Mereka yg melawan ulil amri ini hukuman yg selayak kepada mereka hingga kepada hukuman bunuh sampai mati.
    Kepada mereka yg percaya dgn hukum Allah perlulah redha dengan hukuman ini, tidak kiralah samaada yg merusuh itu Hj Hadi ke, Nik Aziz ke, Anuar Ibrahim ke, maka jika mereka ditangkap atas perbuatan durhaka mereka maka REDHALAH DENGAN HUKUMAN YG SEMAKSIMANYA.. KERANA ITU YG MEREKA MAHU SELAMA INI!

    ReplyDelete
  4. Dalam AlQuran surah Al Bakarah ayat terakhir 229, Allah berfirman : “Barangsiapa yg melanggar hukum-hukum Allah mereka itulah orang-orang yang zalim’. Salah satu kesalahan yg boleh dikenakan hukum jenayah hudud adalah mereka yg mendurhaka terhadap negara. Mereka yg melawan ulil amri ini hukuman yg selayak kepada mereka hingga kepada hukuman bunuh sampai mati.
    Kepada mereka yg percaya dgn hukum Allah perlulah redha dengan hukuman ini, tidak kiralah samaada yg merusuh itu Hj Hadi ke, Nik Aziz ke, Anuar Ibrahim ke, maka jika mereka ditangkap atas perbuatan durhaka mereka maka REDHALAH DENGAN HUKUMAN YG SEMAKSIMANYA.. KERANA ITU YG MEREKA MAHU SELAMA INI!

    ReplyDelete

Anda semua dialu-alaukan meninggalkan pandangan dan komentar di blog ini. Setiap satu darinya adalah tanggungjawab anda dan kami tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang tindakan yang akan diambil jika komentar tersebut menyalahi undang-undang.