Pages

Friday, December 27, 2013

KELANTAN ARAH RAKYATNYA MERUSUH MALAM TAHUN BARU???!!!


Oleh Zul Rawi

Mungkin kerana tidak tahan dengan ‘tekanan’ dari pelbagai pihak, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob terpaksa menarik semula keputusan yang telah dibuat sebelum ini untuk tidak menghantar wakil dalam ‘Himpunan Untuk Mengulingkan Kerajaan’.

Ahmad Yaakob yang dipetik melalui akaun Facebooknya mengatakan himpunan yang bakal diadakan itu adalah merupakan gerakan rakyat.


“Saya sepenuhnya bersama kepimpinan Pas tentunya sentiasa bersama-sama gerakan rakyat untuk terus mendesak kerajaan Malaysia mendengar suara rintihan hari rakyat. Jika ada yang berkata bahawa ia bertujuan untuk menggulingkan kerajaan, saya kira ia hanyalah omongan palsu semata-mata kerana takut akan bayang-bayang sendiri,” ujarnya.

Media sebelum ini melaporkan, pengumuman yang dibuat oleh Ahmad Yaakob sejurus selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Harian Pas Kelantan yang di adakan di Bangunan Pas Jalan Dato Pati, Kota Baharu Selasa lalu.

Menurutnya Pas Kelantan telah memutuskan untuk tidak menghantar wakil atau penyokong ke demonstrasi pada tengah malam 31 Disember 2013 dengan alasan, TIDAK BERSETUJU DENGAN SLOGAN, ‘GULINGKAN KERAJAAN’.

Malah keyataan tersebut turut disokong oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah yang berkata usaha untuk menjatuhkan kerajaan secara “Arab Spring” itu sebenarnya tidak membawa sebarang kebaikan sebaliknya membawa banyak keburukan kepada negara.

“Kita di Kelantan sendiri pun tidak pernah membincangkan sama ada perlu untuk kita berhimpun seperti yang diadakan di negeri lain dan bagi Pas Kelantan adalah lebih baik untuk apa sekali pun ia dilakukan mengikut kaedah demokrasi,

Ekoran keputusan yang dibuat itu juga, beberapa Pas kawasan di Kelantan yang sebelum ini merancang untuk turut mengikuti demonstrasi jalanan itu telah bertindak untuk membatalkan penyertaan mereka.

Persoalannya ialah mengapakah, Ahmad Yaakob ‘flip-flop’ berhubung isu ini? Apakah ada arahan dari pihak tertentu yang memintanya agar segera menarik kembali kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini?

Tambah mengelirukan mengapakah kenyataan menyokong himunan jalanan ini hanya dibuat melalui akaun Facebook? Apa yang pasti ialah Ahmad Yaakob mungkin terpaksa akur dengan ‘suara ghaib’ yang meminta segera mengubah pendirian yang dibuat sebeum ini.

Kesimpulannya golongan ulama parti itu masih lagi takut untuk menentang kehendak dan kemahuan kumpulan ‘liberal’ yang semakin menguasai Pas.

4 comments:

  1. apa kata kerajaan pas juga digulingkan sama!

    ReplyDelete
  2. Salam Bro,kalau gitu marilah kita turun ramai-ramai di Kota Baru untuk berhimpun seperti yang nak dibuat di Dataran Merdeka !

    ReplyDelete
  3. he..he..he.. ciri ciri ularmak donia....kerusi & post kena jaga bro...!!!!

    ReplyDelete
  4. Inilah akhirnya mereka.. dr nik najis sampailah kdp Haron Din semua otak mereka SAMA.. mereka tamak untuk berkuasa jadi mereka pakai alat agama dan hak rakyat utk menghalalkan cita2 mereka.

    Harga barang naik seolah2 kerajaan BN shj dlm dunia yg buat begitu? Kenapa pengilang dan pembekal niaga langsung tidak disentuh. Apakah selama ini keuntungan besar mereka tidak ada rasa untuk serap beberapa kos kenaikan, melainkan menjadikan kerajaan sbg sasaran.

    Bukan BN yg buat roti, bukan BN yg jual karipap, tepung.. kerajaan belum buat keputusan kenaikan apa2 lagi..cuma khabar sahaja tp pembangkang telah canag dan fitanh hidup2.. harga barang naik yg dipakat oleh Cinabeng disalah pd BN?

    Celakalah pemimpin2 PAS yg tk henti tahu fitanh dan cari salah tp mereka sendiri tiada buat apa2 untuk membantu rakyat!

    ReplyDelete

Anda semua dialu-alaukan meninggalkan pandangan dan komentar di blog ini. Setiap satu darinya adalah tanggungjawab anda dan kami tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang tindakan yang akan diambil jika komentar tersebut menyalahi undang-undang.