Untuk entah kali ke berapa isu muzakarah di antara UMNO dan PAS muncul kembali mewarnai politik tanahair berikutan kenyataan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang dalam ucapan penangguhannya di Muktamar PAS Ke-59 yang mengajak UMNO bermuzakarah dalam hal perlaksanaan Islam.
Kata Hadi, PAS bersedia untuk muzakarah dengan UMNO dalam isu perlaksanaan Islam kerana soal hukum Islam perlu sentiasa berada di hadapan sambil menyeru UMNO dan PAS bersatu atas dalam satu bahtera dengan nama Islam yang kiblatnya satu sahaja meskipun dalam masyarakat Malaysia yang majmuk.
Bunyinya seperti wujud kesedaran dan keinsafan seolah-olah ada nada keikhlasan. Itu pun jika sekadar seimbas lalu kita mendengarnya. Tapi jangan tertipu dengan sikap hipokrasi dan amalan taqiyah yang sudah cukup sebati dengan PAS yang bila-bila masa boleh berubah arah dalam sekelip mata.
Kalau diimbas kembali senario tahun 2012 dulu, isu yang sama juga dibangkitkan bezanya yang memulakan isu muzakarah ini ialah Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat yang ketika itu tegas menyatakan bahawa muzakarah dan pertemuan dengan UMNO penting bagi mencapai matlamat menegakkan syiar Islam.
Berminggu-minggu main sorong papan tarik papan akhirnya Nik Aziz tarik handbreak dengan meletakkan syarat kemudian selepas itu UMNO pula yang dituduh kemaruk mahu berpeluk sakan dengan PAS. Dia yang memulakan isu muzakarah, dia yang beri syarat, dia yang tarik handbrake, kita pula diperlekehkan.
Itu kisah muzakarah tahun 2012, belum lagi masuk cerita muzakarah Kerajaan Perpaduan (UG) yang juga dimulakan oleh PAS dan disambut baik oleh UMNO, tapi akhirnya UMNO juga yang dijadikan kambing hitam oleh Nik Aziz dan gerombolan liberal Anwarinas.
Jadinya bila selepas PRU-13 kini tiba-tiba sahaja Hadi membawa isu yang sama maka tak salah untuk kita berhati-hati dan mencurigai pelawaan PAS. Lebih-lebih lagi pasca PRU-13 menyaksikan PAS teruk dihimpit DAP dan PKR serta mengalami kemerosotan pengaruh dikalangan pengundi Melayu Islam.
Seruan bermuzakarah hanyalah strategi politik PAS, itu hakikat sebenarnya. Dalam keadaan sekarang penting bagi PAS meraih semula sokongan orang Melayu Islam di masa yang sama sebagai amaran kepada golongan liberal Anwarinas yang sedang menghimpit kekuasaannya sebagai Presiden PAS.
Lagi pun Hadi sedar tiap kali isu muzakarah ditimbulkan, ia cukup menakutkan rakan sepakatannya dalam PR sekaligus dengan cara ini PAS mengharapkan beroleh manfaat untuk meningkatkan harga dirinya dan akan lebih diberi perhatian oleh DAP dan PKR.
Pun begitu, tidak salah untuk pimpinan UMNO memberi respon baik dalam isu muzakarah ciptaan Hadi ini, sementelah lagi ajaran Islam sendiri sentiasa menuntut umatnya berlapang dada bila musuh meminta diadakan perundingan. Cumanya, tak usahlah serius sangat dengan kesungguhan PAS kerana isu ini bukannya secara rasmi menjadi pendirian PAS.
Lagi pun selagi Nik Aziz masih bertongkat langit menjadi Mursyidul Am PAS, soal perpaduan sesama Islam rasanya jauh panggang dari api. Tunggu kucing tumbuh tanduk pun belum tentu akan terlaksana, itu hakikat yang perlu setiap umat Islam di negara ini mengakuinya.--SUMBER
Aku heran... parti PAS ni tediri daripada orang yang alim-alim yang pandai mengkutbah orang lain..tapi depa sendiri selalu di tipu DAP dan PKR. Selagi PAS dipimpin oleh Hadi Awang dan Md Sabu selagi itulah PAS akan dikelentong oleh PKR dan DAP.
ReplyDelete