DAP sedang melancarkan serangan tersusun terhadap anggota polis
Cawangan Khas (SB). Tugas SB yang sentiasa menyiasat segala agenda jahat
dan tersembunyi DAP telah merimaskan mereka. Perancangan yang lebih
jahat dan kejam DAP bakal terbongkar sekiranya anggota polis Cawangan
Khas ini tidak dapat dikekang. Ini merupakan perkara yang tidak dapat
mereka terima kerana banyak lagi perancangan yang lebih besar sedang
mereka susun untuk merampas Negara.
Sejarah telah membuktikan bahawa tindakan DAP bersama pakatan
pembangkang yang telah mendesak secara teratur adan berterusan
penghapusan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat
telah membawa kepada tindakan yang cukup berani dari pihak DAP dan
sepakatan dengan mereka menghina Yang Dipertuan Agong , Raja-Raja
Melayu, lagu kebangsaan Negaraku, agama Islam agama rasmi Negara,
Kalimah Allah dan mempertikaikan Ketuanan Melayu yang termaktub dalam
perjanjian Pra Kemerdekaan dan Perlembagaan Negara.
Baru-baru ini MP DAP Steven Sim telah mempersoalkan peningkatan
jumlah anggota polis Cawangan Khas (SB) yang menurutnya menggambarkan
bahawa keadaan pada masa sekarang lebih buruk berbanding semasa
peringkat pertama Darurat. Sim (DAP-Bukit Mertajam) berkata SB merupakan
unit khusus yang ditubuh untuk kerja-kerja risikan semasa Darurat.
Beliau mempersoalkan adakah Malaysia bawah (Najib) lebih teruk
berbanding semasa darurat?
Pada tahun lalu SB yang telah menerbitkan kira-kira 380,000 laporan,
yang dipercayai turut melibatkan pengawasan ke atas ahli politik telah
membataskan dan mengekang agenda dan perancangan DAP.
Tiba-tiba DAP bertindak seolah-olah mereka risaukan kadar jenayah
apabila ramai anggota SB mengawasi mereka sedangkan selama ini telah
terbukti bahawa mereka tidak pernah lalai membela penjenayah yang
“kononnya” dianiaya oleh polis. Mereka perlu tahu bahawa “bangkai” yang
cuba ditutup oleh DAP terlalu busuk dan tidak mampu ditutup.
DAP terlalu sinonim dengan bencikan polis yang menjaga keamanan dan
terlalu sayangkan penjenayah yang menggugat ketenteraman Negara. Itu
adalah ciri-ciri utama DAP yang menggambarkan siapakan sebenarnya
mereka. Oleh itu tindakan mereka yang kononya mengambil berat tahap
keselamatan Negara merupakan lakonan basi yang sudah muak
dipertontonkan.
Oleh itu kerajaan diminta untuk terus memantau kegiatan para pemimpin
DAP ini dengan lebih ketat lagi. Hakikatnya para pemimpin DAP ini
merupakan “time bomb” yang tidak boleh diperlekehkan. Agenda dan fahaman
yang terlalu mirip komunis yang diadaptasikan oleh para pemimpin DAP
merupakan satu ancaman yang maha besar yang mampu mengundang bencana
kepada Negara.
Kerajaan tidak boleh terperangkap didalam “game” para pemimpin DAP.
Mereka harus bertindak empat lima langkah ke depan bagi memastikan
segala perancangan dan agenda jahat DAP akan dapat dipatahkan dan
dikekang dengan mudah dan selamat tanpa melibatkan dan mempertaruhkan
keselamatan rakyat Malaysia dan keamanan Negara.
Ramaikan lagi anggota keselamatan di kalanagan orang Melayu...berikan kelengkapan paling kelas di dunia...biar digeruni oleh pengkhianat negara ini..
ReplyDeletejawapan KP pun nampaknya hanya mempertahankan shj.
ReplyDeletepatutnya KP katalah penambahan anggota SB ikut keperluan dan bukan menunjukkn tahap keselamatan negara.dan katalah akan melipatgandakan bilangan SB selagi ada pihak2 yg terus menerus ingin menghidupkn fahaman komunis dlm negara.
DAP cucuk jarum perlahan-lahan supaya keyakinan rakyat terhadap kredibiliti polis makin terhakis. Persoalkan itu ini.. Jenayah naik, banduan mati, negara tak selamat.. Tapi bila polis buat kerja, puak komunis ni yang beria-ria bela penjenayah.
ReplyDeleteDAP dari segi struktur organisasi, strategi perang saraf, publisiti, pemikiran, indoktrinisasi sampai ke perangai pemimpin mengikut acuan komunis.. Komunis kat hutan dah letak senjata, sekarang komunis kat bandar yang naik kepala.