Pages

Tuesday, November 05, 2013

POLIS BERJAYA BERKAS AHLI PAS PUKUL WANITA UMNO


YAN: Seorang lelaki yang terlibat dalam kes tumbuk seorang Anggota Jawatankuasa Wanita Umno Bahagian Batu di hadapan Sekolah Kebangsaan Ulu Sedaka di sini pagi Isnin, ditahan polis kira-kira enam jam selepas kejadian itu.

Suspek berusia lingkungan 20-an itu ditahan di sekitar kawasan Ulu Sedaka pada pukul 3.30 petang dan telah dibebaskan dengan jaminan polis setelah keterangannya diambil.

Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata, pihak polis menggiatkan usaha menjejaki lelaki tersebut setelah menerima laporan mangsa kira-kira pukul 11 pagi.

"Setelah siasatan dijalankan, polis berpuas hati dan membebaskan (suspek) dengan jaminan polis. Namun kita ada hak memanggil semula suspek pada bila-bila masa sahaja jika perlu bagi meneruskan siasatan," katanya dalam sidang media di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Daerah Yan pada Isnin.

Pagi Isnin, Norsidah Abu Bakar yang juga Ketua Wanita Cawangan Bandar Baru Sentul (1C) mendakwa ditumbuk penyokong PAS ketika merayu undi di hadapan sekolah itu.

Menyentuh mengenai jumlah laporan polis dari tarikh penamaan calon bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau 23 Oktober lepas hingga pengundian ditutup 5 petang Isnin, katanya sebanyak 155 laporan polis telah dibuat.

"Pelbagai kes dilaporkan namun semua bukanlah melibatkan kes yang berat," katanya.

Ketika ditanya mengenai sama ada isteri bekas Menteri Besar Kedah Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak, Puan Sri Faekah Sheikh Hamzah tampil membuat laporan polis mengenai adanya pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan khidmat pesanan ringkas (SMS) palsu menggunakan namanya, Ahmad berkata tiada sebarang laporan diterima setakat ini.

Katanya, pada Isnin polis hanya menerima dua laporan iaitu kejadian tumbuk dan kes mencabut bendera parti.

PRK DUN Sungai Limau pada Isnin menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) Dr Ahmad Sohaimi Lazim dan Mohd Azam Abd Samat dari PAS dengan Mohd Azam Memenanginya dngan majoriti 1,084.- BERNAMA

Sent from my iPhone

1 comment:

  1. Jantan pukul pompuan, maaf cakap, tak dak telo'.

    ReplyDelete

Anda semua dialu-alaukan meninggalkan pandangan dan komentar di blog ini. Setiap satu darinya adalah tanggungjawab anda dan kami tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang tindakan yang akan diambil jika komentar tersebut menyalahi undang-undang.