Pages

Monday, November 11, 2013

MAT SABU BAWA CELAKA DALAM PAS:PERPECAHAN PAS SEMAKIN KETARA


SATU persatu dari 6 calon bagi jawatan Timbalan Presiden yang menarik diri sehingga tinggal 2 orang sahaja, menunjukkan bahawasanya kompromi politik memang berlaku dalam parti seperti PAS.

Kalau keadaan macam ini berlaku dalam UMNO, dia akan tuduh calon berkenaan telah dibeli oleh calon yang lain , tapi kalau berlaku dalam parti dia, itu tak apa-apa, proses biasa dalam demokrasi.

Macam haram.

Tapi yang penting, kita lihat sendiri dari senarai pencalonan yang menarik diri dan masih tinggal, jelas kelihatan disitu parti berkenaan sudah terbahagi kepada dua.  Satu diwakili golongan liberal dan satu lagi oleh golongan ulama.

Liberal, tak boleh guna professional sebab mereka yang terlibat ini bukan terdiri daripada orang professional pun. Mahfuz Omar (Naib Presiden) dan Mat Sabu (Timbalan Presiden) sebagai contoh, apa professionalnya dua ekor ini?

Mat Sabu diploma ITM tak habis sebab sibuk berpolitik dengan Anwar Ibrahim dulu, Mahfuz pulak tak payah cerita panjanglah, SRP pun tak lepas.

Kelihatan disitu, masing-masing calon Timbalan Presiden yang menarik diri setakat ini, umpama mengorbankan diri sendiri untuk memberi laluan mudah kepada calon pilihan dari kelompok masing-masing – Mat Sabu (liberal) dan Nik Amar (ulama).

Tuan Ibrahim Tuan Man dan Idris Ahmad (ulama) serta Salehudin Ayub dan Husam Musa (liberal) adalah mereka yang penulis maksudkan.  Idris memang tidak menerima pencalonan, tapi menawarkan diri untuk bertanding sebelum membatalkan hasrat tersebut.

Semua ini kalau bukan bukti yang menunjukkan PAS sedang terbelah kepada 2 kelompok liberal dan ulama, penulis tak tahu nak gambarkan macam mana lagi,  Ini memang bukti jelas bahawa parti tersebut sedang terbahagi dua.

Dulu, golongan liberal tidak merasa nak jejak jawatan Timbalan Presiden, dicalonkan pun tidak. Tapi sejak DAP dan PAS ‘bersetubuh’ secara pelik di dalam Pakatan Rakyat pada 2008, maka kemunculan golongan liberal ini semakin tidak dapat ditahan-tahan lagi.

Kemuncaknya, Mat Sabu (liberal) berjaya menjadi Timbalan Presiden, mengalahkan penyandang, Nasharudin Mat Isa (ulama) pada tahun 2011.

Ikut perancangan Anwar Ibrahim, beberapa tahun lagi, jawatan Presiden PAS pulak akan diisi oleh mereka dari golongan liberal.  Inilah perancangan tersembunyi yang sedang berlaku dan dapat dihidu golongan ulama dalam parti tersebut.

Kalau itu berlaku, masa depan golongan ulama dalam PAS akan semakin gelap.  Sebelum ini pun ada cadangan supaya Majlis Syura Ulama dimansuhkan dan perkataan Islam pada PAS digugurkan – kalau tak PAS itu sendiri dibatalkan pendaftarannya.

Selain dari itu, kalau golongan liberal menguasai PAS, senang sikit nak ikut telunjuk DAP sebab tidak terikat kepada fahaman agama melampau macam sekarang.

Polemik inilah yang sedang menghambat PAS, sama ada ahlinya suka atau tidak.  Akhbar Sinar Harian semalam telah menulis bahawa kemenangan Mat Sabu penting untuk memastikan kesinambungan hubungan dalam Pakatan Rakyat.  Itu maksudnya memang benarlah PAS sedang terbahagi kepada dua.

Cuma dengan Mat Sabu ini, liberal mungkin masalah paling kecil.  Kita bimbang dia resap habis pengaruh Syiah dalam PAS dan seterusnya menjadi ancaman keselamatan kepada negara di masa depan.

No comments:

Post a Comment

Anda semua dialu-alaukan meninggalkan pandangan dan komentar di blog ini. Setiap satu darinya adalah tanggungjawab anda dan kami tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang tindakan yang akan diambil jika komentar tersebut menyalahi undang-undang.