Pages

Tuesday, November 19, 2013

GEMPAR:ANCAMAN BOM DI MELAKA

Melaka: Suasana di Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Jalan Hang Tuah di sini, gempar apabila sebuah kereta milik Yayasan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) dibakar seorang individu, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu, lebih mengejutkan apabila satu nota turut ditinggalkan di sebuah kereta pacuan empat roda bersebelahan yang memaklumkan terdapat bom di bangunan terbabit. Ia bagaimanapun disedari seorang penyelia sub kontraktor pembersihan yang memaklumkan kejadian itu kepada pengawal keselamatan bertugas.

Mereka kemudian bertindak memadamkan kebakaran kereta Proton Inspira itu menggunakan alat pemadam api sekali gus berjaya mengelak ia merebak ke dua kenderaan bersebelahan masing-masing kereta Isuzu DMAX serta Honda Civic.

Perkara itu kemudian dimaklumkan kepada polis dan bomba untuk tindakan lanjut. Ketua Polis negeri Datuk Chuah Ghee Lye turut hadir di lokasi kejadian dan memaklumkan siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan iaitu menggunakan khianat menggunakan api.

Sent from my iPhone

No comments:

Post a Comment

Anda semua dialu-alaukan meninggalkan pandangan dan komentar di blog ini. Setiap satu darinya adalah tanggungjawab anda dan kami tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang tindakan yang akan diambil jika komentar tersebut menyalahi undang-undang.