Pages

Wednesday, May 15, 2013

SEMUA KERUSI DAP MENANG DALAM PRU 13 ADALAH TIDAK SAH!!!???


Nampaknya segala tuduhan dan gerak kerja menghasut rakyat supaya membenci kerajaan merupakan tindakan terdesak pembangkang khususnya DAP bagi menggaburi mata semua pihak.Ada agenda lain sebenarnya dan kerana itulah habis semua kaum Cina sama ada yang sah rakyat Malaysia mahupun tidak di kerah untuk turun dalam perhimpunan yang sedang di gerakkan sekarang ini.

DAP sebenarnya tidak sah malah isu pemilihan jawatankuasa mereka sendiri pun sehingga ke hari ini masih tergantung.Maka secara logiknya jika sesuatu parti itu tidak mempunyai jawatankuasa pengurusan secara sah yang boleh menguruskan perjalanan parti maka bagaimana pula calon-calon DAP boleh pula bertanding dalam pilihanraya dengan watikah masing-masing di tandatangani oleh seorang Setiausaha Agung yang tidak sah ?

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teratai, Jenice Lee bertindak mencabar keputusan DAP di mahkamah kerana memecatnya dari parti itu pada 20 April lalu berikutan pemilihan Jawatankuasa Pusat (CEC) pada Disember lepas dianggap tidak sah.

Menurut Jenice, pemimpin tertinggi DAP yang menerajui barisan CEC ketika ini tidak mempunyai sebarang kuasa untuk menggantung atau memecatnya kerana Pendaftar Pertubuhan (ROS) tidak mengiktiraf pemegang jawatan yang dibentuk oleh CEC parti itu.

"Memandangkan CEC tidak sah dan ROS masih mempunyai keraguan dengan pemilihan lepas, atas kapasiti apa Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tan Kok Wai mengeluarkan arahan memecat dan kemudian menggantung saya? Semua pemimpin tertinggi CEC tidak sah termasuk Kok Wai dan Setiausaha Agung, Lim Guan Eng. Saya masih ahli DAP yang sah.


TERUS BACA >>>DI SINI<<<

1 comment:

  1. Wow ini sangat memalukan red bean sprout army sebab rugi peluru tembak sana sini tapi jeneral lancau tak ada

    ReplyDelete

Anda semua dialu-alaukan meninggalkan pandangan dan komentar di blog ini. Setiap satu darinya adalah tanggungjawab anda dan kami tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang tindakan yang akan diambil jika komentar tersebut menyalahi undang-undang.