Pages

Thursday, May 23, 2013

PBT BEKERJASAMA DENGAN KONGSI GELAP JALANKAN PERNIAGAAN HARAM!!!


Pihak Berkuasa Tempatan atau PBT sebenarnya mempunyai kuasa yang besar. Ada banyak jurisdiksi yang berkaitan dengan PBT tetapi sentiasa dilindungi atau dibayangi oleh parti-parti politik tertentu. Dalam PBT, wujud Ahli-Ahli Majlis yang sungguhpun bergaji atau diberikan elaun yang kecil, tetapi jawatan tersebut diburu dan direbut memandangkan potensi untuk mengembungkan kocek, amat besar.

Pernahkah anda mendengar Ahli Majlis diheret ke mahkamah dan dipersoalkan tentang pemilikan aset berbanding pendapatannya? Pernahkah juga anda mendengar bagaimana para pemimpin parti politik mempersoalkan kekayaan mendadak Ahli-Ahli Majlis PBT dalam pendedahan-pendedahan yang kerap mereka lakukan?

Barangkali ramai yang masih tidak nampak apa kaitannya Ahli-Ahli Majlis dengan politik di negara ini.

PBT merupakan pihak berkuasa tempatan yang menguasai, mengawal dan menguruskan pentadbiran daerah. Dan seperti yang kita tahu, PBT juga menguasai pungutan hasil sama ada dalam bentuk cukai atau bukan cukai di daerah berkenaan. Seperti yang diketahui juga, di setiap daerah, terdapat kawasan-kawasan perniagaan yang mana premis-premisnya menjadi antara sumber pendapatan PBT.

Dari kutipan sampah sehinggalah ke pintu rumah pelacuran, semuanya ada dalam kawalan PBT. Terpulang kepada PBT untuk menguruskan yang ‘halal’ dan ‘haram’.

Seringkali kita dapat melihat bagaimana ganasnya anggota-anggota penguatkuasa PBT, terutama sekali di Selangor dan Pulau Pinang terhadap para penjaja dan penggerai, khususnya yang berwajah Melayu dan beragama Islam. Tidak sahaja periuk belanga, dapur, bahkan sudu garfu juga akan dirampas dan diangkut dengan alasan, tindakan tersebut akan mengurangkan para peniaga yang melanggar peraturan dan ketiadaan permit atau lesen berniaga.

Namun keganasan dan kezaliman anggota-anggota penguatkuasa PBT itu sekadar terhadap para peniaga kecil, penjaja dan penggerai sahaja. Sedangkan untuk berhadapan dengan pemodal-pemodal besar yang mampu menyewa premis bagi kegiatan maksiat dan hiburan, tanpa sebarang lesen atau kebenaran, mahupun yang melanggar semua peraturan, anggota-anggota penguatkuasa berkenaan bagaikan diserang pukau atau sihir yang membutakan mata mereka.

Acapkali sangat pendedahan demi pendedahan dibuat. Malangnya, tindakan daripada pihak berkuasa dan PBT terhadap pusat-pusat maksiat yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan, khususnya di kawasan-kawasan yang didominasi oleh Pakatan Rakyat, langsung tidak wujud. Kalau ada pun, sekadar melepaskan batuk di tangga.

Atau lebih tepat lagi, asalkan rakyat nampak penguatkuasa undang-undang buat kerja. Sedangkan sehabis-habis sahaja sesuatu operasi diadakan, tidak sampai beberapa jam kemudian, premis yang sama, kembali beroperasi seperti biasa.

Kewujudan premis-premis berkenaan, tidak dipedulikan. Walaupun didedahkan sebesar mana pun, PBT biasanya membutakan mata dan buat-buat pekak badak. Anehnya, kebanyakan pegawai PBT termasuklah Yang Dipertua Majlis adalah orang Islam-Bumiputera.

Justeru, timbul pertanyaan, apakah sebenarnya PBT di seluruh Malaysia sebenarnya telah diberikan RASUAH dalam pelbagai jenis sehinggakan premis maksiat yang begitu besar dan meriah pun, langsung tiada sebarang tindakan diambil. Masakan PBT tidak tahu mana premis yang beroperasi dengan kebenaran, berlesen, berpermit atau sebenarnya melanggar segala peraturan yang wujud? Takkanlah PBT langsung tidak mempunyai anggota penguatkuasa yang cekap, peka dan faham akan peraturan serta kehendak masyarakat, sehinggakan mereka langsung tidak punya waktu untuk bertindak?

Seharusnya satu pemeriksaan besar-besaran dijalankan di PBT-PBT seluruh negara. Walaupun Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan mungkin akan membuat pembelaan dengan menyatakan bahawa kes-kes rasuah melibatkan PBT adalah kes-kes terpencil, tetapi rakyat yang ada otak, pasti dapat berfikir, bagaimana premis-premis yang beroperasi secara haram boleh wujud dan tidak dapat dilihat, sedangkan gerai kecil marhein, boleh pula dilihat dan kemudian dirobohkan dengan pantas.

Atau barangkali SPRM perlu bertindak melakukan siasatan secara menyeluruh bagi memastikan PBT-PBT di seluruh Malaysia benar-benar menjalankan tugas tanpa perlu bergantung sangat kepada laporan orang awam semata-mata, manakala Ahli-Ahli Majlis PBT pula bukannya gunting dalam lipatan yang menjadikan RASUAH dan PENYALAHGUNAAN KUASA sebagai amalan… sepertimana yang sedang berlaku sekarang!

KAT MELAKA NI BERAPA BANYAK KEDAI KUDA HARAM???
KEDAI NOMBOR GELAP???
KEDAI JUAL DVD CETAK ROMPAK???
DISCO TAKDE LESEN???
SEMUA NI AKU YAKIN DAN PERCAYA PBT MESTI TAHU DAN ADA MAKLUMAT...
TAK KAN KITA RAKYAT NAK KENA JEMPUT PBT DI PEJABAT MEREKA, TUNJUKKAN SATU SATU TEMPAT INI...
BUAT LER KERJA BAIK-BAIK...
KALAU SEMUA BUAT KERJA BAIK-BAIK..
MESTI SEMUA JADI BAIK...

JPX

6 comments:

  1. Saya sangat bersetuju dengan komen saudara.

    ReplyDelete
  2. aku tinggal di johor bahru...apa yg aku nampak adalah restoran2 cina yg meletakkan kerusi meja di atas jalan yg jelas menganggu pengguna jalanraya terutama pada waktu malam dan kpd penduduk di taman johor jaya khasnya berhadapan pasaraya the store akan menyaksikan khemah, kerusi meja serta van yg menjual makanan/minuman akan mengisi ruang parkir secara kekal dari siang hari hingga malam...tiada tindakan dari pihak PBT...kenapa?

    ReplyDelete
  3. cuba buat tawaran kat pekerja PBT kalau dapat tangkap kedai kuda 20% dari jumlah duit yang dirampas akan diberi kepada pekerja tersebut, mesti berebut2 depa bekerja.

    ReplyDelete
  4. Sesiapa nak join Casino haram secara talian/online boleh datang kekawasan Jalan Lumut dan sekitar Stesen Bas Pekeliling Kuala Lumpur / Vistana Hotel / Grand Season Hotel....ada banyak premis beroperasi 24 jam berselindung dibawah sibercafe... Sebelum PRU13 semua tutup tetapi sekarang da mula operasi....Pejabat DBKL sebelah jalan / stesen LRT Titiwangsa sahaja dan Balai Polis Putra jln Datuk Hj Eusoffe pun sebelah je....Apa ceta kawan-kawan...?

    ReplyDelete
  5. memang..memang. pbt ni memang pekak badak dikebanyakan tempat. contoh termudah, kalau ada kedai makan cina dalam kawasan perbandaran pbt, dengan senang lenang akan dpt kebenaran letak kerusi meja makan atas tempat letak kenderaan. kenapa aku kata dpt kebenaran? sebab tanpa kebenaran dah tentu kerusi meja tu kena hangkut, betul tak? dan satu lagi, semua tempat parkir kenderaan dalam satu2 kawasan dikhaskan / direservekan untuk tokey kedai. buat ruang parkir untuk cina pekedai sahaja ke? aku tak tau la sampai bila pbt ni nak berubah bertindak mengikut peraturan dan akta sebenar, bukan akta rekaan sendiri asal kantung kembong. bila sebut 'CAM HARAM' karang, ada yg marah. tp itulah hakikatnya...

    ReplyDelete
  6. SPRM HARAP SEGERA BUAT 'OPERASI BERSIH PBT' .. JANGAN BIMBANG DAN JANGAN RAGU INSYAALLAH RAKYAT AKAN MENYOKONG 1000%......

    ReplyDelete

Anda semua dialu-alaukan meninggalkan pandangan dan komentar di blog ini. Setiap satu darinya adalah tanggungjawab anda dan kami tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang tindakan yang akan diambil jika komentar tersebut menyalahi undang-undang.