Pages

Thursday, May 09, 2013

BILA MUFTI MULA BICARA!!!


MELAKA, 9 Mei – Mufti Melaka Datuk Rashid Redha Md Saleh menggesa umat Islam khususnya di Melaka agar kembali bersatu setelah berakhirnya pilihan raya umum ke-13 (PRU13), Ahad lepas.

"Harapan saya selepas pilihan raya ini, yang berpecah itu kembalilah bertaut," katanya kepada pemberita selepas lawatan kerja Ketua Menteri Datuk Idris Haron di Kompleks Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) di sini, hari ini.

Beliau berkata usaha perlu dilakukan untuk mengembalikan perpaduan di kalangan orang Melayu dan umat Islam dalam memastikan kesejahteraan umat dan pengukuhan agama Islam.

"Saya harap kita menggunakan institusi-institusi agama ini seperti masjid dan surau untuk menyatupadukan umat Islam," katanya.



Sent from my iPhone

No comments:

Post a Comment

Anda semua dialu-alaukan meninggalkan pandangan dan komentar di blog ini. Setiap satu darinya adalah tanggungjawab anda dan kami tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang tindakan yang akan diambil jika komentar tersebut menyalahi undang-undang.