Marah betul Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng apabila wujud dakwaan di kalangan para pemimpin dan ahli parti itu yang mengatakan bahawa dia adalah lambang budaya nepotisme dan mencemar imej DAP di khalayak umum.
Tidak mengaku dirinya sebagai sebahagian dari budaya nepotisme itu, Guan Eng sempat bertanya para perwakilan di Kongres Kebangsaan DAP semalam, apakah dirinya yang terpaksa merengkok di penjara itu merupakan salah satu tanda budaya tersebut.
Dia mendakwa, meskipun dia merupakan anak kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang, dan berjawatan Setiausaha Agung parti itu, dia tidak mendapat sebarang keistimewaan di dalam DAP.
Benarkah dakwaan Lim Guan Eng yang berjaya mempertahankan jawatannya di dalam DAP itu?
Apa kena mengena budaya nepotisme dengan peristiwa dia dipenjarakan dan benarkah dia tidak memiliki sebarang keistimewaan di dalam parti “chauvinis ultra kiasu” itu?
Memang benar Lim Guan Eng pernah dipenjarakan. Tapi, dia dipenjarakan kerana dia sendiri yang melanggar undang-undang di negara ini dan DAP tidak punya sebarang kena mengena di dalam peristiwa dia disumbat ke penjara dulu.
Kesalahan Guan Eng dulu dilakukan oleh dirinya sendiri dan bukannya dilakukan oleh DAP. Itu jelas.
Jadi, memandangkan Guan Eng didapati bersalah oleh mahkamah, maka jangankan DAP, malah Perdana Menteri sekali pun tidak dapat memberikan sebarang keistimewaan kepadanya untuk dilepaskan dari kesalahan yang dia lakukan.
Bila masuk bab undang-undang, tiada sesiapa pun yang dapat menafikan keputusan hakim mahkamah melainkan rayuan-rayuan yang dilakukan selepas keputusan itu berkeputusan sebaliknya.
Jadi, Guan Eng tidak wajar menggunakan peristiwa dia dipenjarakan untuk menafikan dakwaan nepotisme.
Sekiranya Guan Eng mahu menilai dirinya sama ada terlibat dalam budaya keji itu atau tidak, dia patut melihat pelbagai keistimewaan yang pernah dia nikmati sejak dia menyertai parti DAP itu, termasuk yang pernah diterima oleh keluarganya.
Bermula dari bapanya, Lim Kit Siang, Guan Eng perlu meneliti sehingga kepada isterinya, Betty Chew, anak-anaknya, kaum kerabat, saudara mara dan sahabat handainya yang mengecap kemewahan hasil jawatannya di dalam DAP.
Lihat saja kedudukan isterinya yang turut dilantik sebagai calon DAP ketika pilihanraya dan lihat pula keistimewaan yang dia terima ketika melancong ke Eropah pada hujung tahun lalu.
Saya yakin, sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mencalonkan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor sebagai calon BN pada PRU ke-13, sudah tentu puak-puak Pakatan Haram akan meroyan menuduh beliau mengamalkan budaya nepotisme.
Tapi bila isteri Guan Eng dicalonkan dan menang sebagai ADUN di Melaka, apakah itu tidak melambangkan keistimewaan yang diperoleh Ketua Menteri Pulau Pinang dan Penasihat DAP itu?
Khabarnya pada akhir tahun lalu, Guan Eng dan keluarganya terbang “makan angin” ke Eropah selama lebih seminggu.
Menariknya, percutian mewahnya itu dikatakan telah ditaja sepenuhnya oleh seorang “tauke” yang berkepentingan di mana penerbangan mereka sekeluarga ditempatkan di “business class” Singapore Airlines yang berprestij dan mahal!
Itu belum lagi disebut mengenai rumah penginapan dan perbelanjaan melancong yang lain yang dikatakan turut ditaja oleh “tauke” berkenaan.
Persoalannya, sekiranya Guan Eng tidak punya sebarang keistimewaan di dalam DAP dan tidak mengamalkan budaya nepotisme, apakah dia dan keluarganya akan dilayan begitu istimewa sekali?
Pada saya, Guan Eng perlu menjelaskan kedudukan sebenar mengenai dakwaan-dakwaan tersebut kepada lebih 2,000 perwakilan DAP yang berkumpul di Kongres parti itu dan bukannya membandingkan budaya nepotisme dengan peristiwa dia dipenjara, bukan?
Hakikatnya, saya yakin bahawa satu Malaysia tahu apa yang berlaku di dalam DAP dan tak payahlah Guan Eng berikan contoh itu dan ini untuk menafikan dirinya yang mengamalkan budaya nepotisme.
Bukan setakat nepotisme, kronisme yang diamalkan di dalam DAP begitu menebal sekali apabila Guan Eng dan bapanya, Kit Siang, berjaya mendapat undi tertinggi di dalam pemilihan CEC parti itu. Nak nafi apa lagi? Mengaku sajalah…
No comments:
Post a Comment
Anda semua dialu-alaukan meninggalkan pandangan dan komentar di blog ini. Setiap satu darinya adalah tanggungjawab anda dan kami tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang tindakan yang akan diambil jika komentar tersebut menyalahi undang-undang.