Pages

Wednesday, December 12, 2012

PERDANA MENTERI PALESTIN DAPAT KERIS!!!







Perdana Menteri Palestin Ismail Haniyeh semalam menjemput Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menjejakkan kaki ke bumi Gaza.

Pemimpin kanan Hamas itu juga mendoakan kepada Allah swt agar diberi peluang mendirikan solat bersama-sama Najib dan rakyat Malaysia di Masjidil Al-Aqsa suatu hari kelak.

Katanya, beliau dan rakyat Palestin amat menghargai "kecintaan peribadi" Najib dan rakyat Malaysia terhadap perjuangan rakyat Palestin selama ini.

"Allah swt mengingatkan kepada saya dan rakyat Palestin bahawa kami pasti melawat Malaysia kembali apabila penentangan rakyat Palestin ke atas Israel berjaya," katanya ketika menerima kunjungan hormat 58 sukarelawan Misi Kemanusiaan Second Wave Road to Gaza di sini semalam.

Percakapan Ismail Haniyeh diterjemahkan Mufti Perlis yang juga sukarelawan misi berkenaan, Dr Juanda Jaya.

Ismail menghubungi Najib melalui Presiden Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) yang juga ketua misi, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim menerusi perbualan telefon sebelum berjumpa dengan rombongan sukarelawan KP1M dan Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia (GBG1M) diketuai presidennya, Shahrul Nasrun Kamarudin.

Katanya, Najib menyatakan persetujuan mengunjungi Gaza dalam masa terdekat dan kemungkinan Januari tahun depan.

Dalam pertemuan di sebuah dewan kecil di tepi pantai di pinggir Gaza itu, Ismail memohon maaf kepada delegasi sukarelawan Malaysia kerana pertemuan terpaksa diadakan di lokasi itu kerana pejabat asalnya telah dibom Israel dalam serangan sebelum ini. 

Katanya, beliau sepatutnya mengunjungi Malaysia pertengahan bulan lalu namun terpaksa menangguhkan hasrat itu selepas Gaza diserang.

Ismail turut mengucapkan terima kasih kepada sokongan berterusan rakyat Malaysia ke atas perjuangan Palestin menerusi misi bantuan dan ia dimaniskan dengan kedatangan rombongan misi itu ketika Hamas meraikan ulang tahun penubuhannya pada 8 Disember lalu.

Azeez ketika ditemui media kemudiannya berkata misi kemanusiaan itu membuktikan komitmen berterusan Malaysia dan rakyatnya untuk membebaskan Al Quds dari cengkaman rejim zionis Israel.--

4 comments:

  1. ada logo satu malaysia kat kot perdana mentri palestin.

    ReplyDelete
  2. hamas ni syiah. nak tolong jgn lebih-lbih. pastikan bantuan sampai pd rakyat palestin yg memerlukan. jgn lupa, hamas dan fatah di palestin mcm umno dgn pas di malaysia. sapa sokong fatah, takde tmpat pd hamas!

    ReplyDelete
  3. nombor 1 ka, apa masalah? jangan la jealous. segalanya nak dicemburui. yang baik tu baik la, jangan cemburusangat.

    ReplyDelete
  4. Rupanya yang bersama pemimpin Palastin bukan nik aziz,tapi abd azeez,mintak2janganlah orang palastin comfius pulak!

    ReplyDelete

Anda semua dialu-alaukan meninggalkan pandangan dan komentar di blog ini. Setiap satu darinya adalah tanggungjawab anda dan kami tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang tindakan yang akan diambil jika komentar tersebut menyalahi undang-undang.