Pages

Wednesday, December 05, 2012

ALHAMDULILAH:KONSPIRASI ITU SELESAI JUGA AKHIRNYA!!!







SEJUJURNYA, penulis tidak pernah percaya ada orang di atas berkonspirasi menjatuhkan orang dibawah, dari dulu lagipun penulis tak percaya kepada perkara tersebut, sebab dalam banyak hal, biasanya orang dibawahlah yang selalu berkonspirasi untuk menjatuhkan orang di atas.

Tidak hairan kenapa sejak dari dulu penulis tidak pernah percaya dengan Anwar Ibrahim dan teori konspirasinya yang mengaitkan pihak tertinggi negara untuk menjatuhkan karier politiknya.  Siapa Anwar?  Apa besar Anwar sampai pemimpin besar negara nak jatuhkan dia?

Anwar ‘nampak’ bahaya sekarang kerana dia biarkan dirinya diperalat dan dipergunakan DAP untuk kepentingan mereka di masa depan.  Apatah lagi bila Anwar berjaya bodohkan PAS untuk bersama-sama PKR bekerjasama dengan DAP sehingga sekarang PAS jadi pak angguk kepada semua tuntutan DAP.

Itu sahaja, tak lebih tak kurang.

Tapi untuk mengatakan ada pemimpin tertinggi negara berkonspirasi untuk menjatuhkan Anwar sebab ‘kekuatannya’, percayalah, itu bukan kesnya.  Buktinya, semua kesalahan jenayah yang berkaitan Anwar sekarang adalah atas sebab dirinya sendiri.  Liwat ada DNA, zina ada video dan akan datang, ada lebih banyak video.

Maka itulah kita tidak hairan kenapa sekarang Anwar beria-ia mencari jalan untuk menjatuhkan Perdana Menteri, takde ada jalan, dia buat jalan, takde cerita dia buat cerita.  Tidak terkecuali dalam kes membabitkan Deepak ini, semua pun kerja Anwar, dan video yang tersebar sejak semalam, adalah bukti kepada perkara tersebut.

Khabarnya, Deepak ada bukti bahawa dia tidak sebut apa-apa berkaitan Altantunya dan Scorpene dalam temuramah dengan media-media tajaan yahudi belaan Anwar Ibrahim dan DAP.  Begitu juga dengan statement di Mahkamah, semua itu dikarang oleh Sivarasa, peguam Anwar.

Itupun Deepak masih ada akal untuk tidak sebut semua kenyataan karangan Sivarasa, inilah dia, manusia biasa macam mana pun mesti ada hati, Anwar bukan manusia biasa, dia setan muka manusia, sebab itu tergamak kaitkan benda yang tidak berkaitan dengan kes yang dibicarakan.

Anwar dan penasihat yahudinya tahu, tidak ada cara lain untuk menjatuhkan PM, melainkan dengan menghidupkan semula kisah Altantunya dan dakwaan mengenai penyelewengan dalam soal pembelian Scorpene ini.  Itu ultimate goalnya – jatuhkan Najib.

Taktiknya, waima 10 Mahkamah, 10 hakim dan 10 pendakwaraya Perancis kata tidak ada kes berkaitan hal tersebut sedang berlangsung pun, Anwar dan NGO haramnya akan toya saja mengatakan ada kes.  Inilah dia Anwar, lidah pembelit nombor satu.

Jadi rakyat kena sedar akan hal ini.  Anwar adalah dalang kepada semua tuduhan buruk yang dilemparkan kepada Datuk Seri Najib dan isterinya, tidak ada orang lain, hanya Anwar.  Lepas ini kalau ada isu-isu menjurus serangan peribadi ke atas Najib dan isteri, kekalkan dalam hati, itu memang kerja Anwar.--MYKMU

No comments:

Post a Comment

Anda semua dialu-alaukan meninggalkan pandangan dan komentar di blog ini. Setiap satu darinya adalah tanggungjawab anda dan kami tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang tindakan yang akan diambil jika komentar tersebut menyalahi undang-undang.