Pages

Monday, November 19, 2012

WAJIB BACA:RAHSIA BESAR PAS KINI TERBONGKAR






Akhirnya kebenaran itu terungkai jua. Muktamar PAS menjadi tempat segala diluahkan.

Cita-cita besar dari parti terkecil dalam Pakatan Pembangkang supaya pemimpin mereka diangkat menjadi Perdana Menteri akhirnya didengarkan oleh perwakilan PAS melalui muktamar mereka baru-baru ini.

Seperti yang kita semua sedia maklum, Pakatan Pembangkang selama ini hanya mahu Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri sekiranya mereka menang dalam PRU13.

Kelantangan perwakilan PAS bukan sahaja membuat membuktikan PAS sudah gila kuasa, tapi membuktikan satu perkara yang lebih besar dari itu.

Ini membukti ada pertelingkahan yang dasyat sedang berlaku di dalam kepimpinan Pakatan Pembangkang. Wujud perebutan kuasa sesama mereka di dalam Pakatan.

Ini juga membukti bahawa Pakatan Pembangkang masih belum bersedia untuk menghadapi PRU 13.

Mana tidaknya, jika calon Perdana Menteri Kerajaan Pakatan pun masih belum berjaya diputuskan mana mungkin mereka boleh duduk semeja berunding untuk berkongsi kuasa bila mereka menang kelak.

Jadi, yang mana satu calon Perdana Menteri Pakatan Pembangkang?


Anwar Ibrahim dah menjual hikayat cerita seluruh dunia bahawa dia akan jadi Perdana Menteri Malaysia ke tujuh semenjak 16 September empat tahun lalu.

Hadi Awang pula dicalonkan oleh PAS walaupun Hadi lah yang bertanggunggjawab di atas kehilangan Terengganu setelah BN berjaya merampas negeri itu dari PAS dalam PRU yang lalu.

Muktamar PAS setuju seakan sebulat suara bila seorang perwakilan dengan tegas mahu Hadi Awang, Presiden mereka diangkat menjadi Perdana Menteri sekaligus membelakangkan Anwar Ibrahim yang kemaruk benar akan jawatan tersebut.

Apakah perwakilan itu dalam keadaan sedar ketika dia berucap atau sebaliknya??

Dari mana datangnya keberanian PAS untuk menyatakan pendapat mereka itu??

Dan yang paling penting, adakah perwakilan tersebut sedar kedudukan PAS di dalam Pakatan Pembangkang hanyalah sekadar penumpang dan budak suruhan sahaja?

Perwakilan tersebut perlu semak semula jumlah kerusi Parlimen yang ditandingi dan dimenangi oleh PAS.

Setelah semakan dibuat, buat pula perbandingan dengan sekutu mereka iaitu PKR dan DAP.

Kalau ikut logik, mana mungkin parti yang paling corot di dalam sesuatu kumpulan pemimpinnya diangkat menjadi ketua. Ini logik yang paling asas dan paling mudah.

Apakah perwakilan PAS tersebut terlalu naif dan rendah IQ untuk tahu serta faham perkara ini atau memang orang PAS majoritinya begitu?

Bila cadangan Hadi Awang sebagai Perdana Menteri ini timbul, ia juga membawa beberapa tanggapan yang lain timbul sekali.

Cakap-cakap tentang orang PAS yakin dan percaya Anwar adalah peliwat dan tidak layak untuk menjadi Perdana Menteri semakin kuat kedengaran. Isu akhlak dan moral Anwar menjadi asas penolakan utama PAS kepada calon Perdana Menteri tersebut.

Orang PAS juga semakin sedar hubungan baik antara Anwar dan Yahudi Lahnaktullah juga amat merbahaya kepada Malaysia sekiranya Anwar diberikan peluang untuk menjadi Perdana Menteri.

PAS kini dilihat cuba menyisihkan Anwar Ibrahim dalam perjalanan politik mereka di dalam Pakatan Pembangkang walaupun PAS sekadar budak suruhan di dalam pakatan tersebut.

Mulut orang PAS lebih besar dari minda mereka.

Mereka suka cakap benda yang mereka tak mampu lakukan dan perkara yang memalukan diri mereka sendiri.

Setelah gagal menipu ahli mereka melalui pendekatan Hudud, kini mereka canangkan Presiden PAS akan menjadi Perdana Menteri.

Apa lagi selepas ini??

Mat Sabu jadi Angkawasan PAS pertama ke bulan?

Adly Zahari sebagai Ketua Menteri Melaka walaupun PAS tak pernah menang walaupun satu kerusi di Melaka??

Apa lagi cerita lawak yang mungkin akan dihidangkan kepada ahli PAS supaya mereka terus mendapat sokongan bagi meneruskan sisa hidup politik mereka agaknya..??

Anwar mendapat restu dari DAP untuk menjadi Perdana Menteri sedangkan Hadi Awang hanya mendapat sorakan dari perwakilan PAS sahaja bila cadangan dia sebagai Perdana Menteri diperdengarkan.

Nampak tak perbezaannya?

Perlu ada persetujuaan dari rakan pakatan terlebih dahulu. 

Dan jika PAS tidak dapat persetujuan dari rakan pakatan (yang tentu sahaja tidak akan setuju) adakah PAS akan terus berada di dalam pakatan tersebut atau keluar membawa diri dalam perjuangan mereka?

Pakatan Pembangkang kini di ambang kemusnahan. Pendapat dan hasrat pemimpin mereka terntara terlalu beza. Idea politik mereka adalah musuh utama mereka.

PAS cuba bertindak hero yang haloba dalam keadaan diri mereka yang daif merempat di dalam Pakatan.

Jawatan Perdana Menteri terlalu suci dan tinggi nilainya.

Mana mungkin mereka dari parti yang rendah martabatnya dan hina pekertinya menduduki kerusi itu sekaligus menjadi pemimpin Negara yang aman mulia ini.


PAS disarankan untuk memperbanyakan doa supaya mereka segera sedar siapa diri dan apa taraf mereka di dalam Pakatan Pembangkang!!!

JPX

9 comments:

  1. orang pas memang tak tahu malu sebab tu perasan dapat jadi pm

    ReplyDelete
  2. sebenarnya puak ni tak tahu berpolitik...

    ReplyDelete
  3. "Adly Zahari sebagai Ketua Menteri Melaka walaupun PAS tak pernah menang walaupun satu kerusi di Melaka??"

    Yang ni dah kira lawak tahap mega nih !
    Huaahahahahaha....

    ReplyDelete
  4. Mereka-mereka yang masih bersama PAS dan menyokong PAS adalah mereka yang tolol, bahalol, bebal dan entah apa lagi. Walaupun bergelar ustaz,alim ulamak dan ustazah tetapi mereka masih buta hati dan perasaan. Tidak menyedari bahawa mereka telah ditipu oleh kepimpinan PAS yang hanya memperalatkan Islam untuk kepentingan parti dan sebagai alat untuk mendapatkan kesenangan didunia.

    ReplyDelete
  5. Bro, lu jgn macam2 dgn org pas ni. Nanti mereka doa lu KO baru tau

    ReplyDelete
  6. Percayalah bahawa pas tak lebih dari pencacai hina tak bergaji utk berkhidmat utk kepuasan nafsu yahudi dan komunis

    ReplyDelete
  7. Donia dah nak kiamat dah sbb tu pas dah berani bersuara nak jd pm

    ReplyDelete
  8. Nasihat sy PAS perlu lebih realistik di dalam hidup ni. Jgn terlalu berangan tinggi, takut nanti dah terlalu tinggi jauh tak hidup lagi. Kurangkan cakap2 yg bukan2 dan cakap2 yg tak mungkin jd kenyataan

    ReplyDelete
  9. aku cukup heran dgn org2 paspispus ni. dia ngat jd PM tu main2 agaknya. kebolehan apa ni hadi tu ada nak jadi pm..agaknya boleh tapi asyik tak tau la kot jawapannya nanti macam jijan tu

    ReplyDelete

Anda semua dialu-alaukan meninggalkan pandangan dan komentar di blog ini. Setiap satu darinya adalah tanggungjawab anda dan kami tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang tindakan yang akan diambil jika komentar tersebut menyalahi undang-undang.