HAHAHHA...
KALAU PAKATAN PUN TAK DAFTAR...
DAH TENTU PAKATAN TU TAK SAH...
LEPAS TU DIA SAMA DIA PUN ASYIK TELAGAH..
NI DAH BEREBUT PULAK NAK JADIK PERDANA MENTERI...
BELOM ADA JAWATAN DAH BEREBUT-REBUT...
KALAU DITAKDIRKAN DAPAT JAWATAN NANTI...
ENTAH APA PULAK RUPANYA PULAK...
BAIK TAK USAH BAGI MEREKA NI UNDI..
TAKUT KITA YANG MERANA NANTI...
JPX
MELAKA: Pertikaian Pakatan pembangkang berhubung jawatan Perdana Menteri jelas menunjukkan kepincangan dan perpecahan mereka, kata Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam. Mohd Ali, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri, berkata ini membuktikan keadaan sebenar parti pembangkang yang berpecah belah dan tidak mampu mencapai kata sepakat dalam memilih pemimpin tertinggi mereka.
"DAP mahukan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri sedangkan PASmahu Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dan kecelaruan ini jelas membuktikan ketidakmampuan mereka untuk mentadbir negara," katanya kepada pemberita di sinihari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendirian perwakilan Muktamar PAS ke-58 baru-baru ini yang mahu Presiden PAS dilantik sebagai Perdana Menteri sekiranya kemenangan berpihak kepada pakatan pembangkang pada pilihan raya umum akan datang, namun ditolak DAP.
Sementara itu, mengulas tindakan PAS mendoakan kehancuran Umno, Mohd Ali berkata parti tersebut telah hilang kewarasan dan tersasar daripada ajaran Islam. Katanya, parti itu dilihat rakus, tamak dan sanggup melakukan apa sahaja demi mendapat jawatan yang diidamkan.--SH
No comments:
Post a Comment
Anda semua dialu-alaukan meninggalkan pandangan dan komentar di blog ini. Setiap satu darinya adalah tanggungjawab anda dan kami tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang tindakan yang akan diambil jika komentar tersebut menyalahi undang-undang.