Pages

Sunday, November 25, 2012

TERKINI:MCA MELAKA TAKDE TELOR!!!???



DAN 


1 comment:

  1. Melaka Tengah: Barisan Nasional (BN) Melaka tidak lagi mengiktiraf Datuk Kian Sit Har sebagai Ketua Wanita MCA negeri.

    Ini susulan tindakan beliau menyertai demonstrasi anjuran pembangkang di Dataran Merdeka, kelmarin.

    Pengerusi BN negeri yang juga Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, berkata tindakan Sit Har itu sudah melampau.

    "Ini kali kedua dia berbuat demikian selepas menyertai demonstrasi Bersih di Dataran Pahlawan pada Mei lalu. Bagi saya dia bukan Ketua Wanita MCA Melaka lagi... kita tak iktiraf beliau. Dia ibarat dah tak ada dalam BN.

    "Bergerak sendirian lone ranger, cari publisiti murah... ambil gambar bersama pemimpin oportunis.. satu sen tak guna dan tak laku dalam BN. Beliau ambil gambar dengan Lim Kit Siang supaya dapat keluar akhbar, itu saja kerjanya," katanya kepada BH ketika dihubungi, semalam.

    Beliau mengulas penyertaan Sit Har pada Himpunan Hijau di Dataran Merdeka yang dianjurkan pembangkang, kelmarin.

    Beberapa laman blog semalam turut menyiarkan gambar menunjukkan pemimpin Wanita MCA Melaka itu berpakaian hijau dan bersalaman dengan pemimpin DAP.

    Mei lalu, Mohd Ali meminta Sit Har melepaskan jawatan sebagai Ketua Wanita MCA Melaka kerana terbabit secara langsung dengan penganjuran perhimpunan Bersih di Dataran Pahlawan, dekat sini.

    ReplyDelete

Anda semua dialu-alaukan meninggalkan pandangan dan komentar di blog ini. Setiap satu darinya adalah tanggungjawab anda dan kami tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang tindakan yang akan diambil jika komentar tersebut menyalahi undang-undang.