Pages

Tuesday, November 06, 2012

MISI HADI AWANG JAHANAMKAN PAS SEBELUM PRU13 HAMPIR BERJAYA???!!!




Presiden “puppet” PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang patut cermin diri sendiri dan belajar tentang perkataan “tranformasi” sebelum menuduh Kerajaan Barisan Nasional (BN) atau UMNO tidak menunjukkan perubahan di dalam pentadbiran negara ini.

Dengan PAS yang kini menjadi “keldai pencacai” kepada DAP dan PKR, Abdul Hadi wajar risau dengan gelombang umat Islam di negara ini yang semakin menjauhkan diri dari parti pimpinannya itu.

Bukan sahaja PAS telah menggadaikan maruah partinya dengan kehilangan dasar utama penubuhan Daulah Islamiyyah dan hukum hudud, PAS terpaksa berdiam diri serta menurut kehendak PKR dan DAP yang mahu beberapa pemimpinnya dipecat!

Abdul Hadi baru-baru ini menuduh UMNO/BN tidak berubah dan menfatwakan bahawa rakyat “wajib” menukar kerajaan pada PRU ke-13 kali ini.

Persoalannya, apakah Presiden PAS ini “buta” dan “pekak” tentang perubahan dasar dan slogan “transformasi” yang digagaskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak sejak mengambil alih tampuk pentadbiran negara pada tahun 2009.

Bukan cakap kosong, Presiden UMNO itu juga menggariskan kepada setiap kementerian di negara ini melalui sistem KPI di mana setiap perubahan dan perlaksaan perbuahan itu diukur dengan memastikan setiap darinya membuahkan hasil yang positif.

Dasar-dasar transformasi itu boleh dilihat dengan jelas di setiap kementerian di mana Pak-Pak Menteri kita bertungkus-lumus untuk melakukan perubahan yang memberikan impak yang mendahulukan rakyat berbanding kepentingan politik.

Agak malang sekiranya Abdul Hadi tidak memahami erti perkataan “transformasi” dan segala perlaksanaan dasar itu yang jelas menunjukkan perubahan positif yang ketara berbanding sebelumnya.

Mungkin Presiden PAS itu wajar merujuk kamus dewan dan memahami tentang perkataan tersebut sebelum menuduh tentang sesuatu yang tidak berasas. Pernahkah Abdul Hadi dengar tentang NKRA atau NKEA? Tahukah dia tentang makna dan perlaksanaan dasar tersebut?

Berbanding “perubahan negatif” yang sedang dialami oleh PAS, saya berpendapat bahawa Hadi wajar meletak jawatan sebagai Presiden parti memandangkan dia dilihat sebagai Presiden PAS paling lemah dalam sejarah.

Di dalam sejarah PAS, parti itu tidak pernah tunduk dengan kemahuan “kafir harbi” mahupun “agen Yahudi berjuta muka”.

Di dalam sejarah Presiden PAS, penyandang jawatan itu sebelum ini tidak pernah menggadai prinsip perjuangan parti itu yang sebelum ini begitu konsisten memperjuangkan penubuhan kerajaan Islam dan perlaksanaan hukum hudud di negara ini.

Tapi, sejak Abdul Hadi memimpin PAS, parti itu hilang maruah dengan menggadaikan segala yang diperjuangkan oleh para penyokongnya sebelum ini dan ia menyebabkan ramai di kalangan pengikutnya merajuk serta enggan lagi mengundi PAS pada PRU ke-13 ini.

Malah dalam kebanyakkan hal, Abdul Hadi hilang kuasa sebagai Presiden parti apabila Mursyidul Amnya berlagak seolah-olah dialah pemimpin tertinggi parti sebagaimana yang diamalkan di Iran oleh Ayatollah Khomeini dan Mahmood Ahmadinejad.

Sekiranya benarlah PAS meniru gaya carta organisasi di Iran itu, saya percaya bahawa PAS sememangnya mengamalkan dan terpengaruh dengan struktur negara itu dan tidak mustahil bahawa mereka juga mengamalkan dasar “Syiah” di negara ini.

Lagipun, penglibatan dan sokongan Timbalan Presiden PAS sendiri, Mat Sabu, selama ini jelas menunjukkan bahawa dia merupakan seorang penyokong kuat Syiah dan dikatakan sering menerapkan fahaman itu di dalam PAS.

Justeru itu, saya yakin bahawa Abdul Hadi bukan saja menjadi “puppet” bagi DAP dan PKR, malah dia turut menjadi “puppet” kepada Nik Aziz yang gemar menurut kehendak sahabat “syaitan”nya.

Jadi, saya yakin bahawa rakyat dapat melihat dengan jelas mengenai perubahan-perubahan positif yang sedang rancak berlaku di dalam pentadbiran Kerajaan BN berbanding perubahan-perubahan negatif PAS yang semakin merosakkan parti itu.

Apa pun, rasanya PAS dan Abdul Hadi belum terlambat untuk memutuskan hubungan mereka dengan “syaitan chauvinis ultra kiasu” dan “syaitan Omega”.

Jika Abdul Hadi ingin menyelamatkan PAS dari terus diranapkan “syaitan”, dia boleh bermufaraqah dari unsur-unsur negatif itu dan menyelamatkan maruah PAS. Persoalannya, apakah Hadi berani untuk bertindak begitu? Rasanya tidak…

2 comments:

  1. hebat blog ni... mohon paut kan blog sy budaksrikinta.blogspot.com terima kasih... :)

    ReplyDelete
  2. HADI AWANG MAU KALAH CARA TERHORMAT!....ITULAH YG SEBENARNYA !

    ReplyDelete

Anda semua dialu-alaukan meninggalkan pandangan dan komentar di blog ini. Setiap satu darinya adalah tanggungjawab anda dan kami tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang tindakan yang akan diambil jika komentar tersebut menyalahi undang-undang.