Dulu Wan Azizah Wan Ismail pernah memainkan watak penting sebagai isteri ‘mithali’ dalam usahanya membela nasib sang suami yang bernama Anwar Ibrahim, yang tika itu baru sahaja dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM).
Dari hulu hingga ke hilir, Wan Azizah dan anaknya Nurul Izzah telah menjelajah ke seluruh negara untuk bertemu orang ramai bagi membela nasib suaminya yang dikatakan teraniaya dengan ‘konspirasi politik’.
Dengan bermodalkan wajah sayu dan hiba yang digenangi airmata, usaha mereka untuk mempertahankan ‘hak’ Anwar untuk kekal sebagai TPM merangkap bakal Perdana Menteri tetap tidak berjaya, namun diakui impak drama airmata mereka memang berjaya menarik simpati khalayak.
Watak Wan Azizah sebagai pelakon airmata memang mempunyai kesannya yang tersendiri, filem dan drama lakonannya memang box office, lakonannya hidup dan tak sedikit yang tersedu-sedu terkeluar airmata dan leleh hingus sendiri. Mantap.
Fokus sebahagian khalayak terencat, isu moral berjaya dikesampingkan dan persoalan konspirasi politik pula ditumpukan.
Asal usul pemecatan Anwar selaku TPM dan pelucutan sebagai ahli UMNO merangkap Timbalan Presiden parti pada waktu itu, salah satu sebab utamanya ialah permasalahan moral yang dihadapinya.
Namun kisah moral berkaitan kes liwat itu kemudiannya ditambah adegan suspen sehingga melarat kepada drama sakit tulang belakang, patah leher, keracunan arsenik, suntikan darah HIV dan bermacam lagi episod ‘menyayat hati’, mengalah drama Melayu yang meleret-leret.
Jika dakwaan Anwar disuntik dengan darah HIV serta diracun dengan Arsenik, sebetulnya yang sedang sedang menjawat kedudukan sebagai Ketua Umum PKR sekarang ini memang sah bukan Anwar Ibrahim tapi adalah hantu raya peliharaannya. Tak gitu?
Hujung-hujung kisah tersebut sebenarnya cuma satu, Anwar dikaitkan dengan kes meliwat yang kemudiannya disahkan oleh 2 daripada 3 hakim rayuan bahawa memang wujud aktiviti liwat meliwati, tapi terpaksa dibebaskan atas alasan teknikal.
Kontroversi Forum Di Gereja Full Gospel Tabernacle
Hari ini, drama air mata berulang kembali. Wan Azizah selaku Presiden PKR merangkap ibu kepada Ahli Parlimen PKR Lembah Pantai, Nurul Izzah Bt Anwar kembali mempersembahkan wataknya sebagai pelakon airmata.
Wan Azizah sekali lagi cuba memesong perhatian khalayak dengan bermodalkan wajah hiba, raut sayu dan airmatanya.
Watak sebagai ibu yang sedang kesedihan digarap semula kononnya sedang hiba dan sayu dengan nasib anaknya yang dikatakan teraniaya dengan salah tanggapan ramai.
Barangkali secara teknikalnya langkah ini dapat membendung kemarahan umat Islam terhadap kenyataan Nurul Izzah berkaitan isu kebebasan agama untuk orang Melayu Islam. Mungkin ya, mungkin tidak.
Tapi, satu hakikat yang tak mampu dinafikan oleh Wan Azizah, anak perempuannya yang juga Naib Presiden PKR adalah tuan empunya kepada kata-kata berikut;-
“Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama… mengapa sesetengah pihak rasa bersalah, perkara ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, sepatutnya diguna pakai secara sama rata.” (Nurul Izzah, Naib Presiden PKR, 03 November 2012)
Jawapan Nurul Izzah itu adalah responnya secara sedar bagi satu soalan hadirin berkaitan kebebasan agama melibatkan orang Melayu semasa beliau menghadiri forum bertajuk “Negara Islam: Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab?” yang dianjurkan oleh Oriental Heart And Mind Study Institute (OHSMi).
OHSMi adalah sebuah pergerakan Kristian yang matlamatnya mahu meningkatkan peranan para pengikut Jesus Christ dalam konteks kehidupan masyarakat negara ini, manakala penganjuran forum itu pula dilangsungkan di Gereja Full Gospel Tabernacle, USJ.
Tujuan penganjuran forum itu pula antara lainnya turut memfokuskan pada keprihatinan mereka diatas kegagalan rayuan Lina Joy berkaitan permohonannya untuk murtad.
Berbalik pada jawapan Nurul Izzah, walau dibaca dari pelbagai sudut pun, maksud jawapan Nurul Izzah tetap sama, yakni jika hak kebebasan agama itu terpakai pada orang bukan Melayu, maka hak sama rata untuk bebas beragama itu perlu merangkumi orang Melayu juga.
Di Malaysia, orang Melayu agamanya Islam, itu realiti dan hakikatnya. Malah Perlembagaan Negara dalam Artikel 160 (2) mentakrifkan bahawa, “Melayu, ertinya seseorang yang menganuti agama Islam, lazim bercakap bahasa Melayu, menurut adat istiadat Melayu (diikuti kurungan a dan b berkaitan kelahiran dan keturunan).
Wan Azizah mungkin agak selesa bermain dengan mimik muka sayu dan tutur kata hiba serta drama airmata, tapi hakikat tetap hakikat.
Nurul Izzah sudah terlanjur kata jadi tanggungjawab Wan Azizah sepatutnya mendesak anaknya mengakui kesilapan sendiri.Payah sangatkah untuk mengaku kelemahan anak beranak sendiri?--MYKMU
kalau hendak berbicara mengenai agama, kena ada ilmu agama. Tanpa ilmu hanga berbicara tentan agama, bahkan semuanya juga memerlukan ilmu.Tetapi bukan ilmu MENGHALALKAN SECARA CARA untuk menarik simpati dan undi
ReplyDelete