Pages

Saturday, November 17, 2012

DOA HANCUR UMNO:BUKTI PAS SEMAKIN ROSAK AKAL DAN AKHLAK



PENULIS sudah hilang nombor nak kira dah berapa kali PAS mengadakan solat hajat beramai-ramai mendoakan kehancuran UMNO dan BN.  Rasanya sejak Anwar dipecat pada 1998, PAS membuat aktiviti itu (solat hajat) hampir setiap tahun dan setiap kali itulah juga doanya tetap sama – UMNO hancur.

Bercakap pasal doa juga, Perdana Menteri sendiri tidak terlepas.  Nik Aziz pernah berdoa supaya Perdana Menteri pecah perut tapi yang nampak pada kita Perdana Menteri makin steady, Nik Aziz juga yang makin semput, jalan pun dah bertongkat dah.

Tun Mahathir yang lebih tua dari Nik Aziz pun tak jalan bertongkat atau kelihatan seuzur si tua kutuk itu.

Tapi yang penting, macam mana PAS doa pun, sepanjang waktu kita lihat, UMNO dan BN masih tetap teguh dan cemerlang, walaupun pada tahun terburuknya pada 2008, UMNO masih menang.  PAS?  Selama itu duduk di bawah sekali dalam kiraan kerusi di Dewan Rakyat, tidak setakat itu, dia berubah jadi balaci kepada DAP dan PKR, terutama DAP.



Jadi, adakah solat hajat dan doa terbaru PAS yang meminta kehancuran UMNO di Kota Bharu semalam sepatutnya mengejutkan kita?  Sudah tentu tidak.  Nak doa bukan kena keluar duit pun, dan PAS memang cukup handal manipulasi benda-benda yang tidak perlu keluar duit.

Penulis nak kata Allah swt tidak mengabulkan doa dalam sembahyang hajat PAS dan mengembalikan kekalahan itu kepada mereka, rasanya tidak berani, tapi dari apa yang berlaku sekarang, kita boleh nilaikan sendirilah.

Tapi yang lebih penting disini ialah untuk rakyat menilai kerja-kerja bodoh yang dibuat PAS. Menyalahgunakan solat hajat untuk mendoakan kehancuran saudara seagama Islam yang lain, kononnya kerana dizalimi (bukan sebab nak menang pilihanraya).

Sembahyang hajat ini sepatutnya minta perkara baik-baik, bukan minta perkara buruk berlaku ke atas saudara seagama sendiri.  Kalau bermusuh sekalipun, doakan minta supaya hati musuh tu terbuka ke jalan benar – kalau tersesat jalanlah.

Ini tidak, mintak dihancurkan terus, apa punya perangai tu?  Yahudi yang sedang enak seksa umat Palestin di Gaza pun PAS tidak mnta dihancurkan terus, mentang-mentanglah PAS pun ada share melahap sumbangan George Soros (sebut yahudi).

Dalam masa yang sama, inilah dia tembelang PAS yang sebenarnya.  Sarat dengan kebencian, sarat dengan hasad dan sarat dengan hasutan.  Kerja lain tidak ada, hasut ahli untuk membenci UMNO dengan begitu mendalam sekali, sehinggakan ada suami (PAS) yang menceraikan isteri (UMNO) semata-mata kerana berlainan fahaman politik.

Nampak sangat PAS adalah parti yang hanya tahu menganjurkan kepada kebencian melampau atau orang putih kata ‘hatred politics’.

Tidak hairan kenapa perangai ahli PAS yang ada ini semuanya hampir teruk dengan Taliban.  Hari-hari dah tanam dengan kebencian, hari-hari dah tanam dengan kemarahan, apa lagi yang kita harap orang-orang ini akan jadi, Talibanlah.

Anak Nik Aziz sendiri pun jadi militan pengganas, sanggup rompak bank atas nama Islam, walhal nak beli senjata untuk memerangi kerajaan.

Rakyat perlu menolak parti yang menganjurkan kepada politik kebencian semacam ini.  Kita nak hidup aman damai, bukan nak bergaduh atau berperang macam yang dilakukan PAS dah ahli-ahlinya.

2 comments:

Anda semua dialu-alaukan meninggalkan pandangan dan komentar di blog ini. Setiap satu darinya adalah tanggungjawab anda dan kami tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang tindakan yang akan diambil jika komentar tersebut menyalahi undang-undang.