Pages

Tuesday, November 13, 2012

APAKAH PEMIMPIN PAS ADA HUBUNGAN SULIT DENGAN NURUL IZZAH ???




Rasa mual dan loya tekak saya apabila membaca tuduhan puak-puak PAS di laman-laman web mereka yang menuduh bahawa akhbar Utusan Malaysia dan media arus perdana yang lain sengaja memutar belitkan kenyataan Nurul Izzah.

Bukan sekadar transkrip penuh yang diterjemahkan, malah rakaman video tulen yang menayangkan Nurul Izzah menyokong orang Melayu untuk murtad juga sudah disiarkan oleh media-media tersebut.

Namun, dek kerana PAS tahu bahawa ahli-ahli bawahannya kurang fasih berbahasa Inggeris, malas berfikir dan mudah terpengaruh dengan dakyah mereka, mereka sengaja membuat tuduhan tidak berasas itu terhadap akhbar tersebut.

Kononnya, Utusan memutar belit fakta dan kenyataan? Siapa yang terbelit sebenarnya?

Pada saya, setelah meneliti dan beberapa kali menonton video tersebut, jelas sangat menunjukkan Nurul Izzah terlanjur kata di hadapan para peserta forum yang kebanyakkannya penyokong LGBT dan kebebasan hak asasi manusia berasaskan pandangan orientalis.

Mungkin kerana mahu mendapatkan sokongan dan tepukan gemuruh dari golongan yang hadir di forum tersebut Nurul Izzah begitu teruja sehingga sanggup memberikan harapan untuk memperjuangkan kehendak LGBT serta gerakan memurtadkan umat Islam di negara ini.

Malangnya, Nurul Izzah mungkin pula terlupa bahawa dia bakal berhadapan dengan jutaan umat Islam di negara ini di mana mereka ternyata tidak sependapat dengannya yang begitu menyokong LGBT serta gerakan menggadaikan aqidah umat Islam di Malaysia.

Pepatah orang Melayu berkata, “terlajak perahu boleh diundur, terlajak perkataan buruk padahnya”.

Dengan pembuktian yang menunjukkan secara jelas Nurul Izzah mengucapkan kata-kata yang melukakan ramai umat Islam di negara ini, apakah dia masih lagi mampu berdolak-dalih untuk mempertahankan dirinya?

Mana lagi dia nak lari?

Bagaimana lagi dia nak pusing?

Satu dunia boleh menonton betapa Nurul Izzah dan Pakatan Haram sanggup menggadaikan aqidah san masa depan umat Islam di negara ini.

Satu dunia juga boleh menonton prinsip Nurul Izzah dan Pakatan Haram yang jelas menyokong hak LGBT untuk diamalkan di negara Islam ini.

Jadi, bagaimana lagi PAS mahu memutar belit dan menyelamatkan “anak papa” itu dari terus dikecam oleh umat Islam di Malaysia?

Jika dia menyatakan bahawa Utusan sengaja memutar belit kenyataan Nurul Izzah, bagaimana pula dengan laporan media pro-pembangkang Malaysiakini dan Malaysia Today yang menyiarkan berita yang senada?

Apatah lagi Utusan antaranya turut memetik sumber dari Malaysiakini yang terlebih dahulu menyiarkan berita yang menjadi kontroversi itu.

Pada saya, PAS sendiri telah menjatuhkan maruahnya apabila cuba mempertahankan Nurul Izzah dalam isu sokongannya terhadap membenarkan Melayu untuk keluar dari Islam dan memberikan hak kepada golongan LGBT di negara ini.

Saya yakin, jika pemimpin UMNO atau BN yang berada di tempat Nurul Izzah dan mengucapkan kenyataan kontroversi itu, sudah tentu PAS akan menyerang habis-habisan serta menuduh kerajaan BN sebagai “toghut”, “sesat” dan sebagainya.

Namun oleh kerana orang yang berkata itu adalah Nurul Izzah, maka PAS sedaya upaya terpaksa mempertahankan anak Anwar Ibrahim itu walaupun terpaksa berdepan dengan jutaan umat Islam yang marah dengan kenyataan biadap tersebut.

Pada saya, biar apa pun usaha PAS untuk mempertahankan Nurul Izzah, “nasi telah jadi bubur”. Satu duina sudah tahu dan terbukti tiada putar belit dalam kenyataan Ahli Parlimen Lembah Pantai itu.

Malah jika PAS berdegil, saya yakin ramai yang akan mencebik dan menuduh PAS sebagai pihak yang sebenarnya cuba memutar belitkan isu dan tidak berkata benar demi meraih sokongan politik.

Persoalan seterusnya, apakah PAS fikir mereka bermaruah dengan tindakan mempertahankan Nurul Izzah itu? Entahlah. Tepuk dada tanyalah lubuk hati anda yang paling dalam…

No comments:

Post a Comment

Anda semua dialu-alaukan meninggalkan pandangan dan komentar di blog ini. Setiap satu darinya adalah tanggungjawab anda dan kami tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang tindakan yang akan diambil jika komentar tersebut menyalahi undang-undang.