KUALA LUMPUR – Anggota Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin menyifatkan kerajaan negeri Selangor hipokrit kerana membangkitkan isu penjana tenaga bebas (IPP) dan tol lebuh raya, tetapi pada masa sama mereka mempunyai kepentingan dalam syarikat terlibat dalam kedua-dua aktiviti itu.
Khairy, yang juga Pengerusi Pemuda Barisan Nasional dan Ketua Pemuda Umno, berkata walaupun kerajaan negeri pimpinan pakatan pembangkang sering mengkritik tindakan kerajaan Persekutuan dalam isu IPP dan tol, namun ia masih mempunyai kepentingan dalam IPP generasi pertama, syarikat Genting Sanyen (Malaysia) Sdn Bhd dan Lebuhraya Shah Alam (Kesas).
“Mereka mengkritik, menentang tetapi pada masa sama menerima keuntungan dividen daripada pelaburan IPP tersebut… ini menunjukkan mereka hipokrit, langsung tidak apologetik.
“Walaupun pelaburan tersebut dilakukan sebelum pembangkang mengambil alih Selangor, tetapi sudah empat tahun mereka tadbir, tiada sebarang usaha diambil oleh pakatan pembangkang untuk melupuskan pegangan saham atau pelaburan dalam Genting Sanyen, ” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini Selasa.
Beliau berkata jika secara prinsipnya mereka tidak setuju dengan pelaburan tersebut, sewajarnya mereka melupuskan saham berkenaan.-- Bernama
TIBAI BABI. BABI dah panas bontot. asek dia jer membelasah bontot orang. sekarang kena kat bontot dia pulak. lebih dasyat lebih sakit kena nya si BABI bangsat ini.
ReplyDelete