MELAKA - Sekumpulan tiga lelaki memecah masuk kediaman Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan, Datuk Latiff Tamby Chik dan melarikan barangan bernilai lebih RM200,000 termasuk beberapa jam mewah.
Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Kontinjen Polis negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, ketiga-tiga suspek menaiki sebuah kereta mewah memecahkan bahagian tingkap hadapan rumah banglo berkenaan serta pintu jeriji besi sebelum masuk dan menggeledah rumah wakil rakyat di Jalan Datuk Palembang, Bukit Baru, antara jam 9 dan 11.30 malam Selasa lalu.
Latiff, 63, bagaimanapun tiada di rumah ketika itu kerana sedang mengerjakan solat terawih, manakala isterinya berusia 52 tahun juga tiada di rumah kerana berada di rumah berdepan rumah mereka. - SH
No comments:
Post a Comment
Anda semua dialu-alaukan meninggalkan pandangan dan komentar di blog ini. Setiap satu darinya adalah tanggungjawab anda dan kami tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang tindakan yang akan diambil jika komentar tersebut menyalahi undang-undang.