Pages

Wednesday, July 11, 2012

LIM GUAN ENG SETUJU JALANI UJIAN POLIGRAPH UNTUK NAFI ADA HUBUNGAN DENGAN PHAIK KHENG???



AKU SETUJU SANGAT...
KALAU TAK SALAH APA NAK TAKUT...
KALAU BOHONG JER BARU FAIL UJIAN NI..
LIM GUAN ENG CAKAP DIA TAK BOHONG...
TAPI RAMAI YANG TAK PERCAYA DIA TAK BOHONG...
NAK BUKTIKAN BAHAWA LIM GUAN ENG TAK BOHONG...
BUAT LER UJIAN PEMBOHONGAN NI..
BARULAH KITA SEMUA BOLEH PERCAYA...
YANG LIM GUAN ENG TAK BOHONG...
ITU PUN KALAU LIM GUAN BERANI...
UNTUK JALANI UJIAN PEMBOHONGAN INI...
APA MACAM???
SETUJU TAK...???

JPX


KUALA LUMPUR, 10 Julai – Seorang pemimpin MIC mencadangkan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, isterinya Betty Chew Gek Cheng dan bekas pekerja Lim, Phaik Kheng menjalani ujian pengesan pembohongan bagi menamatkan kontroversi yang menyelubungi mereka.
Timbalan Pengerusi Biro Sosial dan Kebajikan MIC Datuk Ramanan Ramakrishnan berkata ujian berkenaan adalah cara terbaik buat ketiga-tiga individu berkenaan untuk membersihkan nama mereka daripada kontroversi itu.
“Mereka bertiga patut jalani ujian pengesan penipuan (pembohongan) untuk membuktikan perkara sebenar kepada masyarakat bahawa tidak berlaku sebarang skandal (antara Lim dan Phaik Kheng),” katanya lapor Bernama di sini hari ini.
Isu melibatkan Lim, Betty Chew dan Phaik Kheng mula tercetus minggu lepas pada sidang Dewan Undangan Negeri Melaka, apabila Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Duyong, Datuk Gan Tian Loo bertanya kepada Betty Chew yang juga Adun Kota Laksamana jika beliau mengenali Phaik Kheng.
Pada satu sidang akhbar Sabtu lepas pula, Betty Chew menafikan suaminya mempunyai hubungan sulit dengan Phaik Kheng yang pernah bertugas di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.
Ramanan turut mempersoalkan mengapa Phaik Kheng mengambil sikap berdiam diri dan tidak mahu mengulas mengenai isu berkenaan.--MEDIA UMNO

No comments:

Post a Comment

Anda semua dialu-alaukan meninggalkan pandangan dan komentar di blog ini. Setiap satu darinya adalah tanggungjawab anda dan kami tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang tindakan yang akan diambil jika komentar tersebut menyalahi undang-undang.