Berikut adalah sejumlah 25 keping gambar individu hasil dari penelitian terhadap gambar-gambar yang telah dirakamkan oleh media dan polis semasa perhimpunan Bersih 3.0 yang diadakan di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur dan Dataran Merdeka pada 28 April 2012 yang lalu.
Orang ramai yang mengenali mana-mana individu yang gambarnya disiarkan oleh media, mohon tampil menyalurkan maklumat kepada mana-mana Pegawai Polis, Balai Polis atau berhubung terus dengan ASP Azmi bin Aziz, Pegawai Jabatan Siasatan Jenayah D7A, Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur melalui alamat emel : azmiaziz@rmp.gov.my atau telefon bimbit : 019-2602344 dan 019-3872344.
Daripada 91 gambar individu yang telah disiarkan sebelum ini, seramai 3 orang telah ditangkap, dan telah dibebaskan sebaik saja proses siasatan terhadap mereka selesai dijalankan.
Pihak polis juga telah menerima maklumat-maklumat yang menggalakkan daripada orang ramai dan pada peringkat ini maklumat-maklumat berkenaan sedang dianalisa untuk tujuan pengesahan sebelum tangkapan dilaksanakan.
MOHON LINK BLOG KAMI
ReplyDeleteMOHON LINK BLOG KAMI
ReplyDeleteMOHON LINK BLOG KAMI
ReplyDeleteTak payah la nak mensensasikan tajuk semata-mata nak dapatkan hit. Buat orang menyampah saja. Cakap elok-elok, betul-betul, bagi orang senang faham.
ReplyDeleteKalau tak ada modal nak bagi orang masuk blog, kontek aku.