Nampaknya setiap kali hampir demam pilihan
raya, isu negara Islam akan timbul semula.
Yang menjadi
karektor dalam adegan polemik isu negara Islam ialah PAS
sebagai protaganis
atau pelopor dan DAP yang menentang atau antagonis.
Setiap kali PAS
membuka mulut cuba menghidupkan impiannya untuk
membentuk Daulah
Islamiyah ala acuan politiknya, DAP akan segera
menghentam.
Lebih dua dekad
lalu semasa kedua-dua parti masih menjadi seteru ketat
politik, Karpal
Singh mencabar pemimpin PAS supaya ‘langkah mayatnya
dahulu’ jika
berani menampilkan cita-cita perjuangan mereka.
Kini perkelahian
mereka masih berterusan; yang berbeza hanya
kedua-duanya kini
menjadi rakan kongsi dan kawan baik dalam Pakatan
Rakyat.
Terkini, Karpal
yang sudah menjadi Pengerusia Kebangsaan DAP mengkritik
Presiden PAS,
Abdul Hadi Awang kerana bercakap mengenai cita-cita PAS
mahu menubuhkan
negara Islam.
No comments:
Post a Comment
Anda semua dialu-alaukan meninggalkan pandangan dan komentar di blog ini. Setiap satu darinya adalah tanggungjawab anda dan kami tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang tindakan yang akan diambil jika komentar tersebut menyalahi undang-undang.