Ketika #Bersih3 tadi ada seorang jurukamera telah dipukul ketika mahu menyelamatkan seorang polis. Beliau telah dibelasah teruk dan telah dikejarkan ke hospital. Menurut maklumat kepada Keris, jurukamera tersebut bernama Mohd Azri Salleh iaitu seorang jurukamera TV Al-Hijrah.
Ini kad media beliau yang masih mempunyai kesan darah.
Keris bagi pihak Pengerusi UMB Saudara Tun Faisal Ismail Aziz, Timb Pengerusi UMB Saudara Mohd Razlan Mohd Rafii serta rakan-rakan Unit Media Baru Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia ingin menyampaikan rasa simpati dan mendoakan beliau supaya cepat sembuh. Semoga mereka yang bertindak agresif terhadap diri beliau akan dibalas dengan setimpal baik didunia mahupun di akhirat.
No comments:
Post a Comment
Anda semua dialu-alaukan meninggalkan pandangan dan komentar di blog ini. Setiap satu darinya adalah tanggungjawab anda dan kami tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang tindakan yang akan diambil jika komentar tersebut menyalahi undang-undang.