SHAH ALAM - Jawatankuasa Disiplin Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) menolak rayuan Adam Adli Abdul Halim yang menerima penggantungan tiga semester pengajian.
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Datuk Dr Junaidi Abu Bakar mengesahkan perkara itu dan penggantungan sudah bermula.
“Kes ini telah selesai. Rayuan tidak diterima kerana ia mensabitkan kesalahan di bawah Kaedah 3 (a) (i) dan (ii), Bahagian II, Tatatertib Am, Kaedah-kaedah Upsi (Tatatertib Pelajar-pelajar) 1999 dan hukuman ke atasnya berkuat kuasa bermula Semester II
Tahun Pengajian 2011/12 sehingga akhir Semester II 2012/13.
“Pada 8 Mac lalu, Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Pelajar bersidang dan mengekalkan hukuman tersebut” katanya.
Jawatankuasa universiti membuat ketetapan bahawa tindakan Adam Adli telah merosakkan kepentingan, nama baik universiti, penuntut dan kakitangan serta ketenteraman keselamatan awam dan tatatertib.
Adam Adli menerima hukuman berhubung dua pertuduhan, menurunkan bendera wajah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di hadapan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 17 Disember tahun lalu dan mengadakan demonstrasi di hadapan bangunan universiti tersebut pada sambutan malam tahun baru 2012.
No comments:
Post a Comment
Anda semua dialu-alaukan meninggalkan pandangan dan komentar di blog ini. Setiap satu darinya adalah tanggungjawab anda dan kami tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang tindakan yang akan diambil jika komentar tersebut menyalahi undang-undang.