Ada desas desus menyebut pembinaan sebuah pengkalan tentera Amerika di negara kita akan menjadi kenyataan sekiranya Pakatan Rakyat (PR) berjaya memenangi pilihanraya umum akan datang.
Menurut sumber dalaman PR, lokasi pengkalan tentera tersebut berkemungkinan berhampiran Selat Melaka atas alasan untuk mengawal keselamatan laluan perkapalan disamping mengekang kegiatan lanun.
Umum mengetahui, Selat Melaka dianggap strategik bagi Amerika kerana ia bakal menjadi faktor pengimbang dalam menghadapi kebangkitan ekonomi & ketenteraan negara China.
Dengan menguasai laluan tersebut, bermakna lebih kurang separuh dagangan minyak dunia akan berada dalam kawalan Amerika dan tentu saja tindakan sedemikian bakal mengundang tindakbalas keras daripada negara China.
Sebelum ini, Malaysia & Indonesia pernah menolak tawaran Amerika untuk melakukan rondaan bersama di sepanjang laluan perkapalan antara yang paling sibuk di dunia itu.
Bagaimanapun, Singapura pula secara terbuka mengalu-alukan kehadiran bala tentera Amerika di rantau ini atas alasan keselamatan.
Berbalik kepada kenyataan sumber dalaman PR tersebut, jika ianya sahih, bermakna seluruh rantau Asia Tenggara termasuk Malaysia akan terjerumus ke dalam konflik persengketaan yang tentunya bukan saja kedaulatan negara bakal tergugat malah keamanan yang kita kecapi juga akan hilang begitu saja.
Justeru itu, pihak PR dituntut memberi kenyataan segera berhubung isu ini selain itu adalah penting dijelaskan adakah ianya juga berkait rapat dengan usaha melobi pihak tertentu untuk mendapatkan dana luar negara bagi menghadapi pilihanraya ke 13.
No comments:
Post a Comment
Anda semua dialu-alaukan meninggalkan pandangan dan komentar di blog ini. Setiap satu darinya adalah tanggungjawab anda dan kami tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang tindakan yang akan diambil jika komentar tersebut menyalahi undang-undang.