Tanpa RM600 juta, PKR akan mati dan Anwar perlu melupakan sahaja cita-cita yang amat mendalam untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia kata RPK dalam kolumnya, The Corridors of Power, Malaysia-Today.
Ada beberapa maklumat tersembunyi yang cuba disampaikan oleh pengendali Free Anwar Campaign (FAC) itu antaranya sikap Anwar dengan duit.
RPK menggambarkan Anwar adalah pengemis duit, meminta-minta duit pihak lain, tetapi kedekut untuk membelanjakan duit sendiri, malah Anwar didakwa menyembunyikan asetnya di luar negara.
Ini dirakamkan oleh RPK dalam perbualan Anwar dengan taikon Datuk John Soh Chee Wen.
“Apabila mereka akhirnya bertemu, Anwar dan John Soh mula bertengkar. Apabila Anwar berkata John Soh harus dipersalahkan kerana kegagalan 16 September, John Soh membidas, “Jika awak begitu yakin rancangan awak berjaya mengapa awak tidak membiayai dengan wang awak sendiri? Pulangkan semula beberapa bilion wang yang awak sembunyikan di luar negara dan bayar (balik) RM300 juta dari poket awak sendiri!”.
RM300 juta yang dimaksudkan John Soh adalah perbelanjaan yang telah dilaburkannya kepada Anwar dan PKR sejak dari tahun 1998.
Persoalannya, kenapa Anwar minta duit dari John Soh dan dari mana pula John Soh dapat duit sebanyak itu untuk dilaburkan kepada Anwar dan PKR ?
No comments:
Post a Comment
Anda semua dialu-alaukan meninggalkan pandangan dan komentar di blog ini. Setiap satu darinya adalah tanggungjawab anda dan kami tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang tindakan yang akan diambil jika komentar tersebut menyalahi undang-undang.