Pages

Thursday, March 01, 2012

TERKINI: LIM GUAN ENG JATUH SAKIT DAN PERLU RAWATAN SEGERA!!!


Debat di antara Chua Soi Lek denan Lim Guan Eng telah berlalu hampir seminggu lalu.

Banyak yang telah diperkatakan dan diperbincangkan pasca debat tersebut tak kira samada di alam siber, di media massa mahupun di kedai  kopi.

Walaupun telah berlalu dan  rakyat telah melupakan peristiwa debat tersebut, ada seorang peserta debat itu masih membara semangatnya. Dia terlalu sibuk membetulkan ego dan cuba mengembalikan kepercayaan rakyat kepadanya setelah kalah teruk dalam perdebatan itu.

Kerja hakikinya sebagai Ketua Menteri tidak diperdulikan. Kata-kata di dalam debat itu hanya sekadar kosmetik politik yang digunakan untuk menipu dan meraih undi.  Debat yang membincangkan “Sistem Dua Parti adakah akan menjadi Parti Dua Bangsa” terus digunakan oleh Ketua Menteri ini untuk membetulkan imejnya yang terus tercalar oleh seorang “oldtimer”  Cina.

 Sesetengah pemerhati politik mengatakan Ketua Menteri itu kalah teruk dan perlu menebus  kembali maruahnya sebagai seorang Ketua Menteri yang telah bertaburan di atas pentas debat tersebut. Kegagalan menjawab soalan dan kejayaan mengelak menjawab soalan adalah jelas dan faktor utama mengapa Ketua Menteri ini perlu berasa malu dan dikatakan sebagai kalah.

Biarpun kedua-dua peserta debat itu gagal menjawab 100% soalan yang diajukan, namum pada petang itu di atas pentas jelas terbukti siapa yang lebih hebat dan layak diberikan kemenangan pada debat yang bersiaran secara langsung selama satu jam itu.

Ketua Menteri ini seperti menghidapi satu sindrom selepas debat tersebut yang mana dia tidak henti-henti mengulas tentang debat tersebut bila ada peluang bertemu media. Ini jelas menunjukan tahap egonya adalah pada tahap yang paling tinggi dan sangat berbahaya bukan sahaja kepada rakyat, tetapi juga pada dirinya sendiri.

Dalam satu temubual Ketua Menteri ini bersama Kwong Wah, akhbar bahasa Cina yang pro kepada DAP, dia merungut kerana media arus perdana meminggirkan Pakatan Rakyat.

Peluang ini juga digunakan untuk menebus maruah dirinya dengan menerangkan mengapa dia tidak menggunakan sepenuhnya skil menyerangnya, kenapa dia bertahan dan tidak menjawab, kenapa dia perlu membaca nota sebelum menjawab, mengapa dia tidak menjawab soalan tertentu, mengapa ini dan mengapa itu semasa debat itu berlangsung tempoh hari.

Keseluruhan temubual ini menjadi sesi penerangan dan cetakan akhbar ini menjadi surat penjelasan apa yang telah dan patut terjadi di dalam debat itu.

Satu soalan tentang pendapat dan sokongnya serta DAP terhadap Hudud tidak dijawab oleh Ketua Menteri itu dengan alasan dia tidak mahu membazirkan masa yang berharga dengan menjawab soalan tersebut.

Tapi sebenarnya, soalah berkaitan Hudud itulah yang paling penting perlu dijawab oleh Ketua Menteri tersebut. Jika ianya dijawab, kita mungkin tahu mengapa DAP mengarahkan ahlinya mengudi PAS yang kita semua sedia maklum “memperjuangkan” hukum Hudud dan DAP pula adalah sebaliknya.

Mungkin Ketua Menteri berpendapat rakyat tidak berhak kepada  jawapan itu. Tapi sebenarnya, rakyat masih menanti apakah jawapannya bukannya alasan kenapa dia tidak menjawab soalan tersebut.

Ketua Menteri ini ternyata gagal melakasanakan CAT yang dibanggakannya. Kegagalan menjawab soalan dan kejayaan mengelak menjawab beberapa soalan penting dalam debat tersebut jelas menggambarkan agenda jahat yang tersembunyi di pelipat lengan baju Ketua Menteri itu.

Ketua Menteri ini juga gagal menjawab dengan jelas apa yang boleh dan mampu dilakukan oleh PR berkaian sosio ekonomi Negara jika diberikan peluang mentadbir Putrajaya. Dia tidak habis-habis mengulangi ideanya tentang apa yang mahu dan telah  dilaksanakan di Penang.

Hei Lim Guan Eng, bukan semua apa yang kau buat di Penang tu sesuai dengan Negara Malaysia dan bukan semua idea kau tu baik dan berjaya. Jika minda kau hanya cukup dan sesuai dengan tahap sebuah negari, tak usah sibuk nak beragan tadbir Negara pulak.

Teruskan perbaiki cara kerja di peringkat negeri sebelum cerita dan bercita-cita bekerja di peringkat nasional.

Dan jangan lupa, dalam berfikir dan berangan ke tahap yang lebih tinggi, kau masih Ketua Menteri dan ada banyak lagi kerja yang tak selesai dan perlu diselesaikan segera!!!

Semoga Lim Guan Eng segera sembuh dari sindrom ini....hehehehe...


JPX

2 comments:

  1. cina ni sorang kalau bahasa pasarnya mampos pun takper..

    ReplyDelete
  2. semoga anak komunis ni cepat sedar dan sembuh

    ReplyDelete

Anda semua dialu-alaukan meninggalkan pandangan dan komentar di blog ini. Setiap satu darinya adalah tanggungjawab anda dan kami tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang tindakan yang akan diambil jika komentar tersebut menyalahi undang-undang.