KALAU BOSS DAH PENIPU BESAR...
ANAK BUAH PUN MESTI LER NAK JADI PENIPU JUGAK...
DARI ZAMAN SEKOLAH DAH DIDIK JADI PENIPU...
SEKARANG DAH TAK BOLEH BERENTI MENIPU...
DOA JER KAU SELAMAT KAT DUNIA NI...
SEKARANG SEMUA CASH..
TAKDE HUTANG-HUTANG...
KAT AKHIRAT KAU TANGGUNG LER SENDIRI...
JPX
Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli sekali lagi bercakap bohong apabila mendakwa Perdana Menteri menggunakan kewangan kerajaan untuk membiayai majlis pertunangan anaknya, Nooryana Najwa Najib dengan Daniar Nazarbayev di Seri Perdana pada 17 June 2011.
Kita tidak perlu kenyataan Perdana Menteri pun untuk mengesan pembohongan Rafizi dan Malaysiakini.com Dengan membaca menggunakan akal dan membuat penafsiran logik sahaja kita sudah dapat menjangkakan ini merupakan satu lagi manipulasi maklumat untuk memburukkan kerajaan bukannya untuk mendedahkan penyelewengan.
Menurut Malaysiakini.com, “PKR hari ini mendedahkan bukti yang mendakwa kerajaan telah membiaya majlis pertunangan anak perempuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli membuat dakwaan itu dengan merujuk kepada satu tempahan jamuan bankuet kepada Hotel Shangri La yang didakwa menyediakan katering untuk majlis berkenaan. Rafizi mendakwa, kos berjumlah RM409,767 itu dibilkan kepada Pejabat Perdana Menteri (PMO).”
Kenyataan Malaysiakini bahawa PKR mengemukakan bukti menunjukkan kerajaan membiayai majlis pertunangan anak Perdana Menteri merupakan andaian berniat jahat dan tidak mempunyai sebarang bukti jelas.
Apa yang dikemukakan oleh Rafizi bahawa ia hanyalah satu dokumen tempahan bukannya dokumen pembayaran.
Saman je penipu ni. Sama spesies dgn Nurul Izzah.
ReplyDeleteNURUL IZZAH TABUR FITNAH DI BUKIT GASING? Baca di sini!!
http://apakecoh2.blogspot.com/