Parti Islam Semalaysia (PAS) pasti akan
menjadi yang pertama untuk mengatak tidak kepad itu dan tidak kepada ini,
contohnya tidak boleh sambut Valentines, tidak boleh anjur konsert, tidak
kepada pembukaan panggung wayang, tidak boleh kepada arak, loteri dan banyak
lagi.
Negeri Kelantan
di bawah pentadbiran PAS dikatakan model sebenar kepada pentadbiran yang rendah
kadar jenayahnya dan moral rakyatnya yang tinggi selari dengan status “Serambi
Mekah”
Tetapi apa
yang berlaku adalah sebaliknya dan
sangat jauh dari perkhabaran yang baik itu.
Kes penagihan
dadah di Kelantan telah meningkat lebih 100% pada 2010. Jika pada tahun sebelumnya 4,255 kes telah
dilaporkan, jumlah ini melonjak tinggi kepada 9,124 untuk tahun 2011. Ini adalah
satu pencapai yang sangat baik untuk sebuah negeri seperti Kelantan.
Golongan remaja
dan belia di Kelantan ternyata tidak diberikan perhatian sewajarnya apabila
kelompok ini merupakan bilangan yang terbanyak terlibat dalam penyalahgunaan dadah.
Satu alasan yang
kukuh mengapa golongan ini terjerumus ke najis dadah adalah kerana kerajaan
negeri gagal menyediakan program yang bermanafaat serta bersesuaian dengan
mereka.
Kegagalan pihak kerajaan Kelantan
menyediakan peluang pekerjaan yang mencukupi juga boleh dijadikan alasan mengapa
remaja dan belia di sana menjadi penagih dadah.
Satu lagi
kejayaan besar PAS adalah bila dinobatkan sebagai negeri yang mempunyai
penghidap HIV yang paling tinggi untuk tiga tahun berturut-turut, iaitu dari
2008 hingga 2010.
Pada 2010, bagi
negeri Kelantan penghidap HIVnya adalah 28.2 orang bagi setiap 100,000
penduduknya. Untuk perbandingan di peringkat nasional, nisbahnya adalah 12.9
orang bagi setiap 100,000 penduduk. Hebat bukan jumlah di Kelantan???
Pada 2009,
616 kes HIV baru dikesan yang mana 16% dari jumlah itu adalah wanita. Kemudian dari jumlah itu, 40% pula adalah
suri rumah sepenuh masa. Jadi apa maknanya???
Exco Kelantan
yang menjaga hal ehwal Keluarga, Wanita dan Kesihatan, Wan Ubaidah telah
memberitahu punca penyebaran HIV di kalangan peratusan suri rumah di Kelantan
kerana kecenderungan golongan suami keluar mengunakan khidmat seks dari pelacur
Bagaimana ini
boleh berlaku di sebuah negeri yang ditadbir oleh golongan Ulamak yang tegas
menyebarkan agama dan akhlak yang baik?
Jika kita masih ingat, Nik Aziz Nik Mat,
Menteri Besar Kelantan pernah berkata, wanita yang tidak menutup aurat memang
patut kena rogol. Jadi tidak hairanlah jika Kelantan turut mendapat tempat
teratas merekodkan jumlah kes rogol tertinggi seluruh Malaysia.
Pada 2010, ada 97 kes yang dilaporkan.
Untuk dua minggu pertama Aidilfitri 2011, mangsa rogol dalam umur 13 hingga 15
tahun telah meningkat mendadak berbanding lapan bulan pertama 2011.
Selain isu moral,
Kelantan juga jelas tertinggal jauh dari negeri lain dalam soal menarik pelabur
dalam dan luar Negara.
Mana mungkin
pelabur mahu datang ke Kelantan jika perkara asas seperti bekalan air dan
pengangkutan awam tidak mampu disediakan dengan baik.
Setelah kerajaan Negeri Kelantan gagal,
Kerajaan Pusat datang membantu dengan dana sebesar RM16 juta setahun hanya
untuk memastikan perkhidmatan bas
henti-henti di negeri itu terus berjalan untuk kemudahan rakyat.
Campur tangan
Kerajaan Pusat ini juga dapat menyelamatkan pekerjaan seramai 200 orang pemandu
bas di Kelantan.
Kelantan juga
menjadi negeri pertama menerima RM 400 juta hanya untuk memastikan perkhidmatan
bas henti henti terus ada dan berkhidmat untuk kemudahan rakyat.
Negeri Melaka juga menerima nasib yang
sama apabila syarikat bas henti-henti mengalami kerugian dan terpaksa gulung
tikar. Nasib penguna perkhidmatan bas ini serta nasib pekerjanya terus mendapat
perhatian dan menjadi keutamaan Kerajaan Negeri Melaka.
Kerajaan Negeri Melaka terus ambil alih semua
laluan perkhidmatan bas henti henti hanya untuk memastikan penggunanya di Melaka
tidak terganggu dan terus mendapat perkhidmatan yang baik.
Nampak bukan beza besar antara cara
Barisan Nasional dan PAS memberikan khidmat kepada rakyat?
Rekod dan nombor
tidak mungkin boleh menipu dan “action speak louder than words”. Jelas kini
polisi Kerajaan PAS telah gagal untuk memberi dan menyediakan khidmat terbaik
kepada rakyatnya.
PAS patutnya sudah lama sedar untuk
melihat diri sendiri sebelum berkata patah perkataan buruk untuk ditujukan
kepada UMNO/BN dan masih belum terlambat untuk belajar berfikir sebelum
bercakap.
JPX
hahahha...cakap jer bagus pas ni. tapi habuk pun takde.
ReplyDeletelepas ni makin ramai orang takut nak ke kelantan sbb takut kena rogol.orang pas ni pakai serban tapi nafsu kalah kuda jantan.
ReplyDeletemaka bertaburanlah warga negara kelantan ke segala pelosok negeri untuk mencuri kekayaan negeri lain.
ReplyDeletesebab tu kalau kat kl ni orang kelantan jer yang ramai
ReplyDelete