Dong Jiao Zong mencerminkan sikap ultra kiasu golongan masyarakat cina yang prejudis terhadap bangsa lain. Ini kerana agenda-agenda dibawa mereka hanyalah lebih tertumpu kepada satu kaum sahaja tanpa mengira sensitiviti dan keadaan bangsa yang lain.
Semalam berlangsung Perhimpunan Pendidikan Cina yang diadakan di Kajang. Perhimpunan ini diselanggara oleh Dong Jiao Zong serta beberapa NGO lain. Dalam pada itu Timbalan Menteri Pendidikan iaitu Wee Ka Siong dijemput sebagai tetamu.
Permasalahannya mula timbul apabila sekumpulan penyangak Dong Jiao Zong cuba menyerang Wee Ka Siong kerana tidak puas hati di atas permasalahan sekolah cina.
Apa yang cuba dikatakan disini ialah sikap kurang ajar Dong Jiao Zong yang menjemput Wee Ka Siong lalu menyerang dan menghalau keluar Wee Ka Siong dari majlis. Bukankah sangat biadap?
Jadi dari ini apa gunanya kerajaan mendengar lagi tuntutan mereka sedangkan mereka sendiri gagal menghormati seorang Timbalan Menteri?
Malah Dong Jiao Zong ini lebih bersikap seperti lalang kerana kumpulan ini juga pernah berbincang dengan pembangkang mengenai agenda mereka. Jadi ada baiknya kumpulan radikal ini tidak dilayan kerana mereka sendiri pun tidak menyumbang apa-apa kepada masyarakat cina jika dibandingkan dengan jasa MCA sebelum ini.
SUMBER: TAUKE IKAN
No comments:
Post a Comment
Anda semua dialu-alaukan meninggalkan pandangan dan komentar di blog ini. Setiap satu darinya adalah tanggungjawab anda dan kami tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang tindakan yang akan diambil jika komentar tersebut menyalahi undang-undang.