Pages

Monday, October 03, 2011

PELAKON VIDEO LUCAH BUAT KACAU DI DEWAN RAKYAT




KUALA LUMPUR 3 Okt. - Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat Dewan Rakyat bermula tepat 10 pagi hari ini dengan sesi soal jawab, di mana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri hadir untuk menjawab soalan.
Berdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat, empat soalan dijangka dijawab Najib sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Antaranya soalan yang dikemukakan oleh Datuk Alexander Nanta Linggi (BN-Kapit) mengenai langkah dan strategi terkini yang telah diambil oleh kerajaan untuk menyatu-padukan rakyat di negara ini.

Turut tersenarai soalan daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) yang ingin tahu mengenai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak berupaya mengambil tindakan berdasarkan bidang kuasanya yang sedia ada di bawah undang-undang dan peraturan pilihan raya bagi memperbaiki sendiri kelemahan yang dibangkitkan dalam tuntutan Bersih 2.0 tanpa perlu menunggu cadangan Jawatankuasa Pilihan Parlimen mengenai reformasi pilihan raya.

Dr. Tan Seng Giaw (DAP-Kepong) pula meminta penjelasan mengenai langkah-langkah yang diambil untuk mengukuhkan Malaysia ekoran kemerosotan ekonomi dunia.

Selain menjawab soalan lisan, Perdana Menteri juga dijadual membentangkan Rang Undang-Undang Kediaman Terhad (Pemansuhan) 2011 dan Rang Undang-Undang Buang Negeri (Pemansuhan) 2011 untuk bacaan kali pertama.

Dalam pada itu, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin dimaklumkan bahawa Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampung Baru 2011 yang turut disenaraikan untuk bacaan kali pertama hari ini, ditarik balik.

Beliau bagaimanapun tidak memberi sebarang sebab rang undang-undang itu ditarik balik. - Bernama

1 comment:

  1. Datuk Alexander Nanta Linggi (BN-Kapit)..apa yang kau merepek?jalan Kapit-Sibu bila lagi kamu kamu buat..jgn sampai rakyat meluat ok..-anak jati kapit-

    ReplyDelete

Anda semua dialu-alaukan meninggalkan pandangan dan komentar di blog ini. Setiap satu darinya adalah tanggungjawab anda dan kami tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang tindakan yang akan diambil jika komentar tersebut menyalahi undang-undang.