1. Semakin hari semakin hebat penerimaan rakyat kepada Barisan Nasional. Kerja kuat yang berterusan oleh YAB Pengerusi BN sudah mula menampakkan hasilnya.
2. Keberanian dan keterbukaan BN dalam memahami dan memenuhi kehendak semasa rakyat memang di luar jangkaan parti pembangkang. Gerak kerja yang teratur dan tertib ini sedikit sebanyak mengurangkan prajudis buruk rakyat terhadap BN.
3. Terbaru YAB Perdana Menteri telah mengumumkan pemansuhan undang-undang darurat, ISA dan undang-undang berkaitan
akhbar, yang memberikan kebebasan berhimpun dan bersuara kepada rakyat.
4. Ini adalah perisytiharan yang penuh bermakna dan bersejarah.Ini menjadi satu titik tolak perubahan politik Malaysia seperti yang telah dinyatakan beliau semasa mula-mula menjadi Perdana Menteri.
5. Tindakan ini bukan sahaja diterima baik oleh masyarat malahan parti pembangkang juga melihat ini adalah sesuatu yang amat baik dan wajar disokong.
6. Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) akan menjelajah ke seluruh
negara bagi meminta sokongan rakyat terhadap usaha Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Tun Razak memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)
dan tiga proklamasi darurat, demikian menurut satu kenyataan parti itu
hari ini. >>>TERUS BACA DI SINI<<<
7. Jika musuh pun tunduk hormat dengan apa yang dilakukan oleh BN, ini adalah satu tanda besar bahawa hanya BN yang mampu untuk mentadbir dan memberikan yang terbaik untuk rakyat Malaysia,
8. Tindakan KITA juga dilihat sebagai satu yang positif dan menunjukan mereka lebih matang berpolitik berbanding parti politik pembangkang yang lain di Malaysia ini.
9. Semoga Allah membukakan pintu hati pemimpin parti pembangkang yang terutamanya beragama Islam untuk segera sedar dan bersama dengan azam dan cita-cita murni BN ini.
10. JIKA BENAR MCA MAHU MENINGGALKAN BN, PENYERTAAN PARTI KITA AKAN MENGUKUHKAN BN. KERJASAMA INI JIKA BERLAKU AKAN MEMBANTU BN MENGANGKAT MARTABAT NEGARA KE TEMPAT YANG LEBIH TINGGI
10. JIKA BENAR MCA MAHU MENINGGALKAN BN, PENYERTAAN PARTI KITA AKAN MENGUKUHKAN BN. KERJASAMA INI JIKA BERLAKU AKAN MEMBANTU BN MENGANGKAT MARTABAT NEGARA KE TEMPAT YANG LEBIH TINGGI
JPX
Ini menunjukkan KITA tak boleh hidup sebab orang sudah kenal siapa Zaid .Nak join dengan BN boleh dengan syarat Zaid tak boleh lagi melakukan perangai yang sama seperti yang lepas .Masuk balik UMNO pun boleh tapi kena tobatlah nasuhalah demi kepentingan Melayu. Jangan cepat nak jadi tauke dan bila tak dapat jangan berontak pula. Pantang Melayu derhaka pada pemimpin. Kerana pemimpin itu datang dan pergi dengan kehendak ALLAH.
ReplyDeletePatutnya Zaid pikir benda ni lama dulu...
ReplyDeletedah kena tipu teruk baru nak sedar...
Professional la Zaid,jangan emosional.
ReplyDeleteZaid professional ler tu...
ReplyDeletekalau tak baik hentam jer macam Pakatan Rakyat!!