Pages

Monday, September 26, 2011

PAKATAN RAKYAT BAKAL BUBAR: PAS, PKR, DAP BAWA HALATUJU MASING-MASING




1. Pakatan Rakyat yang baru berusia setahun jagung kini mula bertelagah sesama sendiri. Kepimpinan PR yang berkualiti rendah ternyata tidak mampu menanggung beban yang mereka cipta sendiri.

2. Pemimpin Pakatan Rakyat yang terdiri dari golongan mereka yang merajuk dan mereka yang kalah. PR kononnya mahu membawa perubahan dan pembaharuan politik ternyata adalah hamba abdi kepada nafsu politik parti masing-masing.

3. PR ini direka semata-mata untuk menjatuhkan kerajaan UMNO/Barisan Nasional. Tiga parti yang berlainan agenda dan matlamat ini bersatu dalam Pakatan walaupun ketiga-tiga parti ini mempunyai halatuju yang berlainan.

4. Bila agenda berlainan dan nafsu politik mereka berbeza sudah pasti persamaan sukar dicapai. Pemimpin PR yang juga bernafsu buas punya matlamat yang sama, mahu menjadi Perdana Menteri Malaysia sudah pasti akan berebutan sesama sendiri walau pada luarannya mereka kelihatan sepakat.

5. PR yang dilihat sebagai permainan "pondok-pondok" pembangkang sebenarnya sudah mula ranap pada awalan penubuhan mereka. PAS dengan agenda Negera Islam mendapat tentangan DAP manakala PKR pula dengan masalah Anwar Ibrahim yang tiada akhirnya.

6. PAS yang terpaksa menukar agenda kepada Negara Berkebajikan di atas tekanan dan desakan DAP Komunis. Anwar Ibrahim pula akan akur sahaja dengan arahan DAP memandangkan pemimpin DAP adalah penyimpan rahsia silam dan kegiatan seks terlarangnya.

7. Dengan berbekalkan sisa maruah yang tinggal sedikit, PAS sekali lagi menggunakan hukum Hudud sebagai pelaris politik cetek mereka. Dengan tarikh PRU yang semakin hampir, PAS bersungguh mahu melaksanakan hukum Allah ini dengan harapan penyokong mereka akan terus setia bersama mereka.

8. Percaturan PAS ini ternyata memakan diri. Abang Besar dalam PR sudah mula marah dan keluarkan kukunya. Namun kali PAS kelihatan sedikit berani dan terus tegas dengan pendirian mereka. Ugutan demi ugutan dari DAP tidak mereka peduli. PAS tetap mahu laksana Hudud.

9. PAS telah nyatakan akan keluar PR jika DAP Komunis tidak mahu hudud dan begitu juga dengan DAP. Alasan negara dan hukum Islam tidak diperkatakan dalam Buku Jingga digunakan DAP. Cina DAP Komunis ini juga bertegas dengan pendirian mereka.

10. Persoalannya, mengapa PAS terlalu dungu untuk sedar perkara ini pada peringkat awal??? Mengapa PAS sanggup bersetuju dengan agenda Buku Jingga walhal perjuangan mereka tidak terkandung di dalam buku itu??? Apa sebenarnya tujuan PAS menyertai PR jika mereka tidak mungkin mencapai apa-apa matlamat dan agenda parti mereka melalui penyatuan itu???

11. PAS tidak mampu untuk melaksanakan Hudud secara bersendirian dan juga tidak mungkin melaksanakannya melalui penyatuan dalam PR. Kejahatan DAP Komunis telah diperlihatkan dan PAS menjadi saksi akan kejahatan ini. Untuk terus berada di dalam PR, PAS akan terus menjadi mangsa kejahatan ini.

12. Namun, apakah PAS benar-benar berani untuk tinggalkan PR?? Adakah PAS akan tunduk dengan ugutan DAP Komunis??? Apakah reaksi balas PAS pada DAP dan ini semua telah dirancang untuk menyembunyikan sesuatu yang lebih besar seperti kes liwat Anwar??

13. Jika PAS benar-benar ikhlas mahu laksana Hudud, sudah pasti ianya tidak akan berlaku selagi mereka bersama dalam Pakatan Rakyat.

JPX

3 comments:

  1. Dorang berpecah seketika untuk memulakan tekni kemenangan lalu.

    Berpecah pergi senduk pengundi mengikut bangsa kemudian bila dekat dekat piliharaya buat persetujuan untuk menentukan siapa patut bertanding di sesuatu kawasan.

    Seminggu dekat PRU13 berpadu pulak.

    ReplyDelete
  2. Politik Malaysia

    China= DAP MCA GERAKAN PKR = Tidur lain lain bantal tapi mimpi mereka sama

    MELAYU = UMNO PAS PKR DAP GERAKAN tidur satu bantal tapi mimpi mereka lain lain

    Keling = tidur merata rata dan mimpi pun merata rata

    Letih lah nak memikir !!!!

    Dunia politik Melayu yang tak reti bahasa

    ReplyDelete
  3. whiteorange: memang susah nak pikir...
    yang ada kuasa pun macam nak berkuasa sampai mati...

    tapi kalau PAS keluar PR, masih ada harapan...

    ReplyDelete

Anda semua dialu-alaukan meninggalkan pandangan dan komentar di blog ini. Setiap satu darinya adalah tanggungjawab anda dan kami tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang tindakan yang akan diambil jika komentar tersebut menyalahi undang-undang.