Semalam, Presiden MCA Chua Soi Lek (CSL) yang juga merupakan seorang pengamal
seks terlarang dengan lantang menyuarakan hasrat untuk keluar dari BN jika UMNO
setuju dan meyokong perlaksanaan hukum Hudud.
Beberapa hari ini, hukum Hudud telah menjadi
bahan politik dan peraih sokongan buat PAS. Setelah senyap untuk beberapa
ketika, Hudud kembali di canang sebagai agenda utama PAS walhal mereka telah
menukar agenda dari menubuhkan Negara Islam kepada Negara Berkebajikan . Ini
semua kerana diasak oleh DAP sejak mereka menyertai Pakatan Rakyat.
Sesuatu yang amat menjijikan bagi JPX membaca kenyataan ini.
Rasa mual dan marah bergabung. Akal yang waras menyatakan tidak mungkin seorang
pemimpin parti yang telah bersumpah setia bersama BN untuk berkata sedemikian. Namun
di dalam politikm semuanya berkemungkinan.
Sepatutnya CSL renung dirinya
dalam-dalam dan lama-lama di cermin sebelum berkata sedemikian. Dalam masa yang sama
CSL perlu bertanggungjawab dengan apa yang telah dia perkatakan. Sebagai
pemimpin dia perlu lebih arif dan tahu setiap perkataan yang keluar dari mulut
mereka berjuta pasang telinga mendengar . Sedikit kesilapan buruk padahnya.
JPX rumuskan pandangan peribadi mengapa CSL berani berkata
demikian:
· MCA telah berjaya bertapak di Negara yang
merdeka melalui bersatu dalam Perikatan. Sudah sampai MCA untuk keluar dan
melaksanakan agenda politik mereka sendiri.
· MCA berasa
tiada keperluan untuk terus bersama dalam BN kerana kaum Cina sudah
berdiri teguh dengan sendirinya di Negara ini.
· Jika MCA keluar BN sokongan orang Cina akan
terus bertambah dan agenda menubuhkan Negara Bangsa mudah dicapai.
· MCA tidak perlu akur kepada Kontrak Sosial yang
menjadi teras perpaduan Negara ini dan mampu melakukan apa sahaja perubahan
politik jika agenda mereka berjaya.
Sudah TIBA masa untuk keikhlasan MCA ini dinilai semula. Tolak
ansur dan pengorbanan bangsa Melayu sudah tidak dipedulikan. Agenda bangsa
mereka sudah melebihi agenda BN itu sendiri. Kebiadapan CSL perlu dihukum.
Pemimpin BN melalui UMNO terutamanya perlu tegas dalam hal ini.
Jika sudah sampai tahap dan ketika untuk Negara ini mampu melaksanakan hukum
Hudud, MCA sebagai sahabat (kononnya) perlu akur dan hormat. Perlembagaan
Negera sudah jelas. Sahabat yang baik
akan faham kehendak dan keperluan sahabat yang lain, bukan???
Jika sebelum merdeka dan awal kemerdekaan, mengapa MCA akur
dan patuh dengan semua ini?? Mengapa hari ini, MCA seperti “telunjuk lurus,
kelingking berkait”??? Mana semangat setiakawan yang selama ini menjadi teras
dan kekuatan BN???
Melalui pemahaman JPX, hukum Hudud, jika dilaksanakan pun
hanya akan dikuatkuasakan kepada umat Islam sahaja. Mahkamah sivil masih ada
untuk mereka yang bukan beragama Islam. Jika CSL tidak mahu hukum Hudud
dilaksanakan atas dasar kemanusiaan, jangan risau kerana umat Islam yakin
bahawa hukum Allah adalah yang terbaik.
Sebenarnya CSL tidak perlu takut dengan perlaksanaan hukum
Hudud. CSL tidak mungkin akan direjam sampai mati jika tertangkap lagi
bersetubuh dengan perempuan simpanan.
Satu lagi, jangan main ugut-ugut nak keluar dari BN. Kalau dah tak suka tinggalkan sahaja.
JPX
No comments:
Post a Comment
Anda semua dialu-alaukan meninggalkan pandangan dan komentar di blog ini. Setiap satu darinya adalah tanggungjawab anda dan kami tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang tindakan yang akan diambil jika komentar tersebut menyalahi undang-undang.